Sunday, December 21, 2008

Pos Kuala Mu : ‘Perjalanan Daripada Kegelapan Menuju Cahaya’


CATATAN PERJALANAN

Pos Kuala Mu : ‘Perjalanan Daripada Kegelapan Menuju Cahaya’

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh

Allah’, mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah

kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti

juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak

mendapat petunjuk?". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:170).

“Dah pukul 4.30 pagi. Siapa yang nak bangun tahajud boleh bangun sekarang”. Laung Ustaz Soh yang merupakan ketua Jamaah dari Thailand.

Malam itu cuaca di Kuala Mu terlalu dingin hingga semua orang kelihatan menggigil. Hujan masih belum teduh dari petang hingga ke tengah malam. Membuatkan semua peserta mencongak-congak keadaan jalan yang pasti basah, licin dan berselut. Juga merenung-renung bukit yang curam dan sesekali memerhati Land Rover 109 dan Land Rover Defender 110 dan. Yang akan memainkan peranan besarnya untuk membawa sekumpulan pendakwah muda kembali kepada tugas di darat.

Aku memerhatikan seorang demi seorang bangun mengambil wuduk di Sungai Kuala Mu. Dan malam itu, mereka menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Kelihatan dalam samar-samar kegelapan cahaya lilin di pondok buruk yang kami duduki manusia-manusia yang tunduk sujud dan menadah tangan. Mungkin mereka memohon ditetapkan hati untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dan agar masyarakat orang asli Kuala Mu diberi cahaya iman. Agar masyarakat orang asli mendapat satu perjalanan yang panjang iatu ‘perjalanan daripada kegelapan menuju cahaya’.

Satu perjalanan yang akan membawa orang asli kepada kepatuhan kepada Allah. Kepatuhan yang akan meningkatkan martabat seseorang, meninggikan maruah sesuatu bangsa, memurnikan pembangunan sebuah institusi keluarga, memuliakan kaum wanita. Yang mengharamkan zina dan menghalalkan perkahwinan yang penuh tanggungjawab. Yang mengarahkan meninggalkan arak, judi dan tenung nasib. Yang menyeru mengeluarkan zakat untuk mereka yang memerlukan. Yang menyeru manusia berlaku adil dan meninggalkan kezaliman. Perjalanan yang membawa satu kehidupan yang lebih baik. Pastinya jaminan untuk dunia dan akhirat !

Dan pagi itu selepas menanak nasi, bersama gulai ikan talang masin dan kubis rebus kami terus membuat ‘chak raya’ ( makan besar). Kakak-kakak dan abang-abang mengambil kesempatan menyuap nasi ke mulut anak-anak kecil orang asli. Ada yang mengambil kesempatan selepas itu untuk mandi bersama kanak-kanak tersebut, menziarahi rumah-rumah masyarakat orang asli, bertanya khabar, mengajar anak-anak orang asli dan memeriksa masalah kesihatan mereka.

“Berdakwahlah seperti Rasullullah,” begitu ingatan daripada Ustaz Soh semasa kuliah Subuh pagi tadi.

Selepas itu bermulalah ujian kecil untuk kami turun dari Kuala Mu. Land Rover 109 mengalami masalah brek menyebabkan kami mengambil keputusan meninggalkkannya di Kuala Mu. Kesannya, sebahagian daripada kami turun dengan menumpang sebuah kenderaan 4WD yang kebetulan naik menghantar barang ke Kuala Mu.

Aku memandu Defender 110 yang mengisi 8 penumpang dan muatan yang diikat atasnya. Perjalanan balik kami diiringi kanak-kanak orang asli yang datang bersalaman dan tersenyum manis. Satu senyuman sebagai bekal dibawa pulang. Senyuman yang sentiasa membawa kami kembali ke sini, senyuman yang menghilangkan segala pedih dan peri perjalanan. Senyuman yang membuatkan segala kesusahan ini berbaloi kerana mereka masih suci dan masih tidak terlambat untuk dihantar ke jalan cahaya yang panjang.

Jalan basah, berselut dan licin membuatkan pemanduan perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati. Tatkala turun bukit dengan jalan yang berselekoh tajam, kenderaan kami hampir terjunam ke dalam gaung, aku memusing stering dengan mendadak dan memilih untuk melanggar bukit di sebelah kanan. Sekelip mata aku hilang kawalan. Satu dentuman yang kuat dan defender 110 terbalik menyembah bumi!

Tak dapat aku lupakan tatkala melihat kaki Syah yang tertindih land rover. Dan entah kekuatan dari mana kami semua termasuk empat serikandi dapat mengangkat sedikit land rover tersebut untuk mengalihkan kaki Syah.

Begitulah jalan ke Pos Kuala Mu. Satu jalan ‘off road’ sejauh 40 km. Kami mampu sampai ke Pos Kuala Mu dalam masa 2 jam jika musim kering. Namun perjalanan boleh mencecah belasan jam pada musim hujan atau ada tanah runtuh. Malah tercatat juga kami gagal sampai ke Pos Kuala Mu kerana pelbagai masalah jalan dan kenderaan.

Pernah beberapa kali kami tidur di tengah jalan yang berselut dan berlumpur. Dalam dingan malam memeluk erat tubuh kami. Aku malu untuk berasa tidak selesa apabila melihat Ustaz Wahab, seorang daie berusia 68 tahun yang turut tidur bergelimpangan atas tanah lecah bersama kami. Ketika kami punya masalah bekalan makanan beliau turut berlapar bersama kami. Tidak ada seorang pun peserta yang mengeluh tentang ketidakselesaan dan perut yang berbunyi hebat. Mungkin terdetik dalam hati masing-masing, ‘Ya ALLAH bagaimana RasulMU menyampaikan Islam dan Iman dengan penuh ujian dan penderitaan?’

Dalam keadaan begitu sekiranya masalah bekalan air yang jauh, semua akan berjimat menggunakan air bersih yang dibawa. Dan tatkala azan dilaungkan apabila senja berlabuh semua pemuda dan pemudi menepuk tanah bertayammum untuk menunaikan solat. Dengan pakaian yang dipenuhi lumpur serta berkasut, mereka terus meluruskan saf. Semuanya tunduk sujud mencium tanah lumpur menyerahkan diri kepada ALLAH. Manisnya nikmat iman dan mudahnya Islam.

Bumi ini seluruhnya telah dijadikan tempat sujud bagiku (Muttafaq ‘alaih).

Alhamdulillah kebetulan ada kenderaan 4WD yang masuk dan menyelamatkan kami, Selesai misi menyelamat dilakukan kami dibawa keluar dari hutan ke Pekan Lasah. Sementara menunggu kenderaan membawa Syah ke Hospital, kami mengambil kesempatan melakukan khitam ( majlis penutup).

Khitam bermula dengan Ustaz Wahab memulakan bicara,

“Saudara-saudari seperjuangan, kita bukan balik dari Kuala Mu. Kita sekadar bersiap untuk datang lagi...” sambil matanya jelas memandang Risal, Wan , Amir, Lillah, Mesul, Fuad, Azrul, Farhana, Amy, Saliha, Nadiah, Sakinah, Nadirah.

Sebaris pemuda yang kental dan sebaris srikandi yang sentiasa istiqamah dalam mengharungi misi ziarah dan da’wah ini.

“Da’wah sebegini bukan milik ustaz yang kebanyakannnya sibuk mengajar di masjid atau milik pelajar al-Azhar serta lulusan agama !. Ziarah ketempat ini bukan milik orang yang hobinya ke Mekah dan Madinah berkali-kali, hingga lupa ada manusia yang belum mendapat cahaya.” Beliau menyambung lagi, dengan suara yang menahan getar.

Kemudian seorang sahabat menambah lagi dalam majlis penutup,

“Sekiranya kita diberi dua pilihan. Pertama: mati di katil hospital swasta yang berprestij tinggi, dalam bilik yang serba mewah, dikelilingi jururawat dan doktor pakar yang hebat atau mati di Kuala Mu di antara jalan-jalan dan gaung-gaung bersama bau lumpur untuk menyampaikan kalimah Taiyyibah, cuba membawa orang-orang asli menelusuri satu perjalan yang panjang, perjalanan dari kegelapan kepada cahaya dikelilingi para malaikat yang menyambut ruh kita yang syahid? Buatlah pilihan anda? ”

Ia langsung mengingatkan aku pada pendirian Rasulullah. Suatu pendirian yang jelas bagaimana baginda tidak akan terbeli dengan dunia dan seisinya.

“Demi Allah, hai bapa saudaraku! Jika mereka meletakkan matahari di tangan

kananku dan bulan di tangan kiriku, dengan maksud agar meninggalkan persoalan ini, sayatidak akan melakukannya, sampai Allah menjelaskannya atau saya hancur dalam

melaksanakannya.” (Al-Hadith)

Tatkala berpisah kelihatan semua sahabat bersalaman dan berpelukan erat. Terjalin satu tautan kasih sayang yang amat dalam, insan-insan yang mengharapkan jalinan kasih ini kerana Allah. Sambil bibir masing-masing melafaz, Doakan ana untuk terus kekal atas jalan ini.”

Kulihat jelas ada mata yang berkaca dan dada yang sebak menahan rasa. “Kalian adalah saudaraku dunia akhirat”.

Baca selengkapnya...

Koleksi Novel Inggeris


Setiap satu judul hanya terdapat 1 unit sahaja.
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...

Selamat Datang - pondokbukukita

Rasa terhenti nafas ini seketika. Tubuh ini menggigil menahan satu perasaan yang sukar diungkap. Alam ini berpusing-pusing dan angin berpintal-pintal menyakitkan kepala. Peluh mengalir laju membasahi tubuh. Sambil mata ini tepat memandang baris-baris.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka) ". 24

Ya Allah... Jelas tatkala dunia mula berputar dalam keadaan yang songsang. Krisis sosial menjadi norma hidup berkeluarga. Terpesongnya adab manusia. Alam yang musnah. Politik yang murah. Pusat pendidikan berubah menjadi medan menternak. Kaum tani dan warga desa yang tertindas. Manusia memandang sesuatu dengan pandangan sisi yang serong. Isu kezaliman antarabangsa yang tiada titik hentinya.Kebinatangan diangkat mengganti akhlak.

Namun disuatu sudut kesedaran manusia untuk menangani kecurangan ini tidak timbul. Sebaliknya kecintaan manusia terhadap kemewahan dan dunia semakin membuak-buak. Nafsu buas manusia semakin menebal. Malah terlalu sedikit manusia memikirkan krisis yang sedang membanjiri dunia hari ini.

Justeru kita, terutamanya orang muda perlu kembali ke akar. Yakni kembali kepada tuhannya dengan segala ketaatan[1]. Agar manusia memahami fungsi kejadiannya sebagai hamba dan khalifah. Hamba yang tunduk sujud dan patuh segala perintah penciptanya. Khalifah yang bukan penguasa/pemilik sebaliknya pemegang amanah di atas muka bumi ini.

Kita mengimpikan orang muda ditanam dengan nilai Al Izzah ( rasa mulia diri ). Rasa mulia diri bukan bererti sombong. Mulia diri menyebabkan rasa yakin yang tinggi untuk membawa panji kebenaran dan keadilan tanpa ada sebarang kompromi diantaranya. Hal ini memerlukan ilmu dan maklumat yang dirangsang oleh keperluan beramal.

Kita juga merasakan pembentukan taadib ( adab ) di kalangan generasi muda perlu disegerakan. Orang muda seperti kita semua perlu didik untuk mengambil pengajaran dari Sirah dan bukan sekadar mengutip fakta dan tarikh. Kita perlu perlu diasuh memahami realiti masyarakat sebagai medan beramal. Segala-galanya pasti menuntut kita manusia kembali kepada tuhannya dengan segala ketaatan.

Disinilah kita melihat kepentingan melahirkan orang muda yang sabar. Namun sabar itu bukan pasif tapi aktif. Sabar itu bukan duduk tapi berdiri. Sabar itu bukan memperlahankan suara, tapi menengking kepada penzalim. Sabar itu mata pedang dan pena yang tajam.
Kita mahu melahirkan orang muda yang membaca dengan nama tuhannya[2]. Manusia yang melihat segala permasalahan sosial, kepincangan dan penindasan hanya mungkin diselesaikan dengan pendekatan rabbani[3]. Manusia melihat soal krisis pertanian serta pemakanan hanya mungkin diselesaikan dengan kembali kepada tuntutan dan peringatan yang digariskan oleh agama. Melihat hak petani perlu ditentukan oleh garis yang ditentukan agama. Melihat penggunaan racun yang membunuh kesuburan tanah, yang membunuh haiwan seperti ikan di kali dalam sudut pandangan agama.

Kita mempunyai keyakinan yang sangat tinggi bahawa agama telah menggariskan fundamental penyelesaian kepada segala krisis yang berlaku ini. Namun kesombongan dan keangkuhan kita disadur oleh kepentingan peribadi telah membuat kita mengambil keputusan yang acapkali memberi mudarat, kepada masayarakat teramai, alam sekitar dan keseluruhan sistem dan budaya masyarakat. Segala fundamental penyelesaian kepada persoalan-persoalan yang menimbulkan krisis dalam masyarakat seperti krisis sosial dan kepincangan adab manusia telah jelas lagi bersuluh melalui pendekatan syariah. Pendekatan yang memberi kerahmatan kepada alam dan manusia.

"Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam".(Surah al-Anbia' ayat 107)



[1] Asy-Syura ayat 10: Tentang sesuatu apapun yang kamu bertelingkah, maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku bertawakal dan kepada-Nyalah aku kembali.
[2] Al-Alaq, ayat 1-4 - Bacalah dengan (menyebut) nama TUHANmu yang menciptakan. DIA telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan TUHANmu Yang Paling Pemurah. Yang telah mengajar (manusia) dengan kalam.”
[3] Ali Imran : 79 - Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Baca selengkapnya...

KELUARGA GERILYA

( Buku ini merupakan koleksi bersama isteri yang kami beli di sebuah buku terpakai. Sebuah buku yang sangat merangsang darah muda dan kaya dengan estetika bahasa. Ini karya yang perlu dibaca )

....Kalau engkau sudah terlentang di balaimu, engkau harus bilang begini: aku akan belajar terus sampai tua. Ulang-ulangin kalimat itu sampai engkau tertidur. Dan engkau akan jadi pandai kelak. Engkau sekarang masih kecil, Hasan! Tapi kalau engkau mau belajar banyak-banyak, tahu-tahu engkau sudah jadi besar dan boleh jadi jeneral...(Keluarga Gerilya, 218)

"Tukan beca," keluh suara dari depan sel itu."Dan mengapa?" tanya suara dari sel samping."Mengapa? Ya - mengapa? kerana aku tak suka menyerahkan tenagaku guna membantu memaksa orang lain supaya memasuki dunia penderitaan yang sia-sia. Itulah sebabnya aku membuat diriku jadi tukang beca. Engkau mesti mengerti itu. Tahu? Sebarkan keringaku seluruh jalan raya Jakarta. Tapi menyesal aku tidak."(Keluarga Gerilya, 116)

"Saudara, aku akan ditembak mati," kata Sa'aman kepayahan. "Dosaku banyak. Lebih dari lima puluh orang ku bunuh - ku hancurkan sumber penghasilan keluarganya. Tapi kerana aku merasa bertanggungjawab atas segala perbuatanku - atas segala dosaku, aku serahkan semuanya itu kembali pada Tuhan. Dan selama aku masih hidup, selama masih ada detik dan hari buatku, dan selama masih ada nafasku, waktu itu akan ku pergunakan untuk menyerahkan kembali segala-galanya pada Tuhan."(Keluarga Gerilya, 130)

Baca selengkapnya...

Luka Rakyat


LUKA RAKYAT bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk oleh tarbiah ketamakan di mana kejujuran dianggap sebagai kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai keterbelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan dan kewiraan.Dunia Luka Rakyat adalah hasil daripada moralis yang terbalik. Pahlawan adalah penjarah, politikus adalah penipu dan pengampu, penguasa adalah perompak.Luka Rakyat menunggu sembuh tetapi bomoh dan doktorlah sebenarnya yang luka parah.- Azmi Abdul HamidPresiden TERAS.
Harga RM 14.00
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...

'Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin'

Buku ini merupakan buku yang menceritakan kisah Zainab Al Ghazali. Pejuang wanita yang tidak ada istilah 'menyerah kalah' dalam hidupnya. Buku ini tulisan Bahasa Indonesia. Buku yang sama juga boleh di dapati dengan Judul Hari-Hari Dalam Hidupku, yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Mungkin saya lebih menyukai membaca buku bahasa Indonesia ini 'Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin'.

Terdapat 3 unit

Harga RM 6.90

Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk>

Baca selengkapnya...

THE GLOBALISATION OF POVERTY




Looking at case studies from around the developing world, backed up with a strong theoretical analysis of the IMF and World Bank's role in the international economy, the globalisation of poverty brings the reader to one stark conclusion: 'Poverty is an input on the supply side, (of the global economy.)' Particularly interesting is Chossudovsky's explanation of the economic 'miracle' of Vietnam, while his analysis of the Yugoslav disaster, co-sponsored by the IMF and international financial investors, is very timely indeed. As Chossudovsky explains, the IMF and World Bank reforms have not merely suppressed populist and socialist economic measures and achievements; they have also prevented the development of national capitalisms, by creating economies directed towards the needs of the capitalist core states, rather than to the national market. For those harbouring any illusions about the economic order which governs humanity at the end of this century, this book is a necessary read. It's a pity that Chossudovsky works at the University of Ottawa and not the LSE, an institution that definitely needs realistic economists like him.
Harga : RM 25.00
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...

Saturday, December 20, 2008

Menyanggah Globalisasi


Buku tulisan S.M Idris ini merupakan bacaan wajib untuk seluruh pemuda, yang ingin memahami dan menentang imperialisme budaya, bahasa, ekonomi dan segala sudut hidup.
Harga RM 6.00
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...

Islam & Secularism


Al-Attas maintains that modern science sees things as mere things, and that it has reduced the study of the phenomenal world to an end in itself. Certainly this has brought material benefits, however it is accompanied by an uncontrollable and insatiable propensity to destroy nature itself. Al-Attas maintains a firm critique that to study and use nature without a higher spiritual end has brought mankind to the state of thinking that men are gods or His co-partners. “Devoid of real purpose, the pursuit of knowledge becomes a deviation from the truth, which necessarily puts into question the validity of such knowledge. [Islam and Secularism, p.36]

Al-Attas views Western civilization as constantly changing and ‘becoming’ without ever achieving ‘being’. He analyzes that many institutions and nations are influenced by this spirit of the West and they continually revise and change their basic developmental goals and educational objectives to follow the trends from the West. He points to Islamic metaphysics which shows that Reality is composed of both permanence and change; the underlying permanent aspects of the external world are perpetually undergoing change [Islam and Secularism, p.82]
Buku ini adalah sangat Istimewa kerana diterbitkan oleh ABIM sendiri pada tahun 1978/ Edisi Paling Awal ABIM terbitkan.
Harga RM 49.90
Terdapat 1 unit ( Sudah Dijual)
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...

Dilema Melayu


Dilema Melayu ("The Malay Dilemma") adalah sebuah buku yang dikarang oleh Tun Mahathir bin Mohamad pada tahun 1970. Tun Mahathir menerbitkan ‘The Malay Dilemma” setelah beliau kalah dalam pemilu 1969 dulu. Selepas itu dia telah menuduh Tunku Abdul Rahman Putra kerana kekalahan UMNO yang besar dalam pemilu itu. Salah satu alasannya ialah menuduh Tunku kerana terlalu memberi muka kepada kaum Cina. Almarhum Tunku yang menolak dan menafikan segala tuduhan Mahathir itu.Mahathir menyatakan bahawa Tunku telah cuai ketika menjadi wakil rakyat kerana terlalu sibuk berniaga dengan rakan Cina beliau sehingga mengabaikan kawasan parlimennya. Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj. Pemikiran Dr Mahathir tidak selari dengan Tunku Abdul Rahman.Pada 1981, buku ini dihalalkan sewaktu Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. Ia diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu oleh Ibrahim Saad pada 1982 dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd.
Buku ini merupakan cetakan pada tahun 1982.
Harga : RM 39.00
Kuantiti 1
Ingin beli ; sila email pesanan kepada alamkedah@yahoo.co.uk

Baca selengkapnya...