Sunday, May 31, 2009

.....lebih bodoh dari lembu”.




Tarikh 31 May. Merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Dan tahun ini amat bermakna bagi Malaysia, apabila syarikat tembakau terpaksa mengimplimentasi ‘ AMARAN BERGAMBAR’ pada kotak rokok. Maka pengguna telah dibekalkan maklumat secukupnya tentang kesan merokok yang amat memudaratkan.

Malah pengguna kini sudah didedahkan bagaimana dengan menghisap rokok para imperalis ingin menjajah dan merosakkan anak-anak muda kita. Kaedah ini dilakukan seperti British ingin menjajah China. Mereka menggunakan Candu sebagai senjata merosakkan pemimpin dan masyarakat China ketika itu.

Malah beberapa negeri termasuk Selangor telah mengeluarkan Fatwa tentang Pengharaman Rokok. Hal ini berdasarkan Wahyu Ilahi.

“....Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk...”. (Al-A'raf: 157)

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" ( Surah An-Nisa' : 29 )


Juga amaran yang ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam.” (Abu Hurairah r.a.)

Saban hari juga kita diberitahu keuntungan syarikat rokok turut digunakan untuk membunuh anak-anak kecil, wanita-wanita dan para pejuang di bumi Palestin.

Namun jika dengan segala maklumat yang ada pada hari ini. Jika masih memilih untuk merokok. Maka benarlah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. “ ....mereka yang merokok lebih bodoh dari lembu”.

- sekian.. -

Baca selengkapnya...

Friday, May 29, 2009

Tentera Thai Tidak Bersalah







SONGKHLA 29 Mei - Hampir lima tahun selepas insiden Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam dan dilihat sebagai satu daripada pencetus konflik di Selatan Thai, sebuah mahkamah Thai hari ini memutuskan bahawa tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan.

Panel dua anggota dalam inkues post-mortem membuat kesimpulan bahawa pegawai tentera dan polis bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.

Hakim Yingyut Tanor-Rachin, yang bersidang bersama Hakim Jutarath Santisevee, berkata para pegawai hanya menjalankan tugas mereka dan mempunyai alasan kukuh bagi mengangkut lebih 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan dari Tak Bai di sempadan Thai-Malaysia ke Kem Tentera Ingkayuthaborihaan di Pattani pada 25 Oktober, 2004.

-Sumber Bernama -


Babi, Bangsat, Sial, Laknat, Celaka !!!!!.

Keputusan yang memang sudah diduga dan amat-amat menyedihkan bagi umat Islam khasnya dan masyarakat keseluruhan amnya. Namun jiran-jiran di Negara sekeliling termasuk Malaysia nampaknya sekadar mendiamkan diri.

Sejarah telah menjadi saksi bagaimana umat terdahulu yang mempunyai solidariti yang sangat tinggi. Lihat sahaja Patani pada tahun 1831-32 penjajah siam telah mengarahkan 300 ribu tentera untuk berperang dengan Patani dan ketika itu kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut trang-kedah. Hal ini berlaku kerana solidariti kerajaan melayu Kedah, Kelantan dan Terengganu membantu menyerang mengikut jalan laut.

Jelas solidariti di antara Kerajaan sekitar yang menghalang penjajahan ini, telah member tentangan yang kuat dan menggerunkan penjajah- penjajah. Sebagaimana panduan yang ternukil di dalam Al Quran.

"Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu ( Musa ) dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang". ( Al Qasas : 35 )

Tapi kini hampeh....Kita lebih rela melihat saudara-saudara kita di sana dibunuh dan disembelih. Bagi kita yang lebih penting kita cukup makan dan pakai. Kita tidak pedulikan saudara-saudara kita di sana. Rakyat dan Negara berjiran seperti kita telah bersekongkol untuk menutup mata dan memekakkan telinga dari melihat dan mendengar penderitaan yang sedang menimpa jiran-jiran kita di Patani Darussalam.


- sekian -

Baca selengkapnya...

Tuesday, May 26, 2009

ISLAM ITU AGAMA ATAU SISTEM EKONOMI ?






ISLAM ITU AGAMA ATAU SISTEM EKONOMI ?

Mendengar pembentangan Khalid Jaafar dari IKD ( Institut Kajian Dasar ) mengenai ‘Kapitalis Memakmurkan Negara’, membuatkan amarah bergelora. Bukan menghalang kebebasannya untuk mengutarakan pandangan. Namun kerana beliau hilang adab keilmuan sewaktu membentangkan pemikirannya di dalam Seminar Alternatif Ekonomi, yang dianjurkan ASASI ( Akademi Sains Islam Malaysia ).

Beliau memetik Hadith yang terdapat dalam satu buku karangan Ibn Taimiyah.

Daripada Anas beliau berkata, orang ramai telah mengadu kepada Nabi, Ya Rasulullah saw, “Harga barangan telah naik, oleh sebab itu tentulah dan turunkanlah harga untuk kami.

Maka Baginda menjawab,”Bahawa sesungguhnya Allah swt sahaja yang menjadikan yang Maha Kuasa menyempitkan, yang Maha Kuasa menyederhanakan penghidupan, yang Maha Kuasa melapangkan, yang Maha Kuasa memberi rezeki, dan aku sesungguhnya sangat berharap dapat menemui Allah swt dan tidak lah ada seorang pun di antara kamu yang dapat menuntut daripadaku terhadap kezaliman yang telah aku lakukan berkaitan dengan harta benda bahkan aku hanya berdoa kepada Allah swt.” Hadis Abu Dawud & Tirmidhi

Menggunakan hadith tersebut beliau membuat kesimpulan bagaimana Islam telah menjustifikasikan Harga sesuatu barangan yang ditentukan oleh Pasaran semata-mata. Malah beliau menyatakan hal ini merupakan fundamental bagaimana sepatutnya sistem ekonomi beroperasi. Maka dengan kata lain Islam juga menganjurkan Kapitalisme melalui sistem harga beroperasi menurut pasaran semasa dan kerajaan tidak boleh campurtangan. Beliau memilih hadis tersebut kerana sesuai dengan selera beliau, tanpa melihat konteks yang sebenar dan asas sistem ekonomi Islam.

Maka selepas itu dalam sesi soal jawab. Dapat aku rakamkan hujah-hujah yang jelas mematahkan pandangan sempit yang mengagungkan Kapitalisme dan cuba mengelirukan pandangan sebenar Islam mengenai ekonomi.

“Adalah tidak adil tuan menyatakan Islam hanya meletakkan penentuan harga oleh pasaran semata-mata. Kerana perkara yang paling asas dalam sistem ekonomi Islam bukanlah penentuan harga. Namun Islam meletakkan nilai terlebih dahulu. Hal ini yang membezakan ekonomi Islam dan Kapitalisme.

1. Islam melarang barangan yang memudaratkan untuk di perdagangkan.

"Tiada kemudaratan dan tidak boleh berbuat kemudaratan”. (Imam Ahmad & Imam Ibnu Majah)
"Daripada keelokan Islam seorang itu ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya.” (At-Tirmidzi)

2. Islam melarang penipuan dalam urusniaga dalam pasaran.

Ini mengingatkan kita kisah sewaktu baginda Rasulullah berjalan di pasar Madinah. Baginda melihat seorang lelaki menjual buah tamar. Baginda kemudiannya meletakkan tangannya di atas longgokan tamar itu dan mendapati buah-buahan itu basah dan bahagian bawahnya mulai busuk.

“Apakah ini?” tanya baginda.

“Tamar itu telah terkena hujan,” jawab lelaki itu.

“Kamu hendaklah mendedahkannya supaya dapat dilihat oleh semua orang. Orang yang menipu bukanlah dari kalangan umatku,” tegas baginda. (Hadith Riwayat Muslim)

3. Ekonomi Islam melarang tipudaya dalam perniagaan dalam apa bentuk sekalipun. ( Sebagai contoh perlakuan menyorok barangan untuk manipulasi harga )

Kegiatan ini amat ditentang keras oleh Islam sejak beribu tahun yang lalu. Perbuatan ini dipanggil ihtikar, yakni menyorok barangan untuk meninggikan harga. Dengan kata lain, ihtikar bermaksud aktiviti menimbun atau menyorok barang (daripada diperdagangkan) sehingga menimbulkan kesulitan bagi masyarakat setempat untuk mendapatkan komoditi tersebut. Akhirnya barangan yang disorok akan dijual dengan harga yang mahal.

Nabi Muhammad S.A.W secara jelas memberi peringatan mengenai sikap dan bahaya ihtikar ini. Peringatan tersebut dapat dilihat menerusi Hadith Riwayat Abu Daud dan Muslim yang membawa maksud:

“Sesiapa yang menyorok (barangan), dia telah melakukan kesalahan.”

4. Islam meletakkan Maqasid al-Syariah yang memelihara pembeli dan penjual serta masyarakat keseluruhan.

Agama, Nyawa, Akal,Harta dan maruah adalah lima perkara keutamaan Maqasid al-Syariah.

5. Malah secara jelasnya terdapat empat tahap pengawasan di dalam sistem pengurusan Islam yang mampu menjamin keharmonian masyarakat dan kesejahteraan alam.

Pertama adalah pengawasan ilahi. Kedua adalah pengawasan diri sendiri (al-raqabat al-zatiah). Ketiga adalah pengawasan oleh masyarakat (al-raqabat al-mujtama’). Dan keempat adalah pengawasan oleh pihak berkuasa (al-raqabat al-sultan al-rasmiah).

6. Konsep pembangunan dan urusniaga Islam.

Kita tidak boleh terlepas daripada konsep menegakkan ma’ruf, hasanah dan islah. Iaitu dapat dimengertikan menegakkan kebaikan, kebenaran, perubahan yang baik dan sesuatu yang positif. Manakala kita dihalang dan dituntut menghalang perbuatan mungkar, maksiat, dan fasad. Yang membawa pengertian kerosakan, kezaliman, penyelewengan, pembaziran, kekacauan dan kecurangan.

Segala pembangunan, perniagaan, pengurusan alam, pembangunan dan hak komuniti perlu berdasarkan tuntutan menegakkan ma’ruf, hasanah dan islah. Dalam masa yang sama segala tindakan terhadap alam, budaya hidup dan manusia yang mungkar, maksiat dan fasad perlu dihalang daripada dilakukan.

Hal ini berbeza berbanding sistem ekonomi Kapitalisme beroperasi. Seperti yang diperkatakan tokoh Kapitalisme iaitu Robert Marshall.

“Ilmu ekonomi neutral ada tujuan-tujuannya: mungkin mulia, mungkin keji, namun ahli ekonomi tidak berurusan dengan hal itu.”

Kesimpulan yang dapat kita nyatakan. Sistem pasaran menentukan harga dibenarkan, dengan mengambilkira nilai-nilai yang ada di dalam sistem ekonomi Islam itu bergerak dengan baik. Hal ini jelas bagaimana Islam mementingkan soal nilai dan kebajikan masyarakat awam sebagai fundamental dalam pengurusan sistem ekonomi. Malah di dalam pasar sendiri di dalam zaman pemerintahan Islam silam diletakkan muhtasib ( orang yang menjaga pasar daripada tipudaya dan ketidakadilan).

Jelas nilai-nilai yang telah diletakkan dalam sistem ekonomi Islam telah membina kerangka kukuh sistem ekonominya. Namun apakah nilai yang dipegang oleh Kapitalisme?

Epilog : Sewaktu semua peserta sedang minum sewaktu rehat. Datang seorang non Muslim duduk bersama kami. Beliau yang tertarik dengan perdebatan tadi mengutarakan satu persoalan yang jujur hendak diketahuinya.

Islam itu agama atau sistem ekonomi ?

- SEKIAN -

Baca selengkapnya...

Tuesday, May 19, 2009

SUJUDLAH !! TANPA SEBARANG ALASAN.









“dan sebagian dari tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah malam dan siang, matahari dan bulan. ...Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan pula kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah”. (Q.S az-Zukhruf 43-37).

"Bumi sebagai tempat untuk sujudku dan sebagai pembersih” ( Shahih Bukhari )

“Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai shalat. Nabi SAW kemudia menjawab, “…dan ketika kamu bersujud, tempatkanlah dahi kamu diatas bumi, dengan cara dimana kamu dapat merasakannya” ( Fath al-Bari jilid 1 halaman 10 )

- SEKIAN -

terima kasih Muna untuk Gambar Kuala Mu
http://budakpicisan.blogspot.com/

Baca selengkapnya...

Friday, May 15, 2009

BINTANGKU.








Anak-anak kesayanganku,
Kalian akan menjadi bintang,
Yang menjadi panduan pelayar menempuh laut kehidupan,
Kalian akan menjadi pohon rembang,
Yang menjadi payung teduhan,
Kalian akan menjadi mata pena yang tajam,
Mancatat dan mencoret kebenaran,
Kalian akan menjadi peluru emas,
Yang membunuh dan menghapuskan kezaliman,
Kalian akan menjadi harimau ganas,
Yang mempertahankan hutan dan lingkaran,
Kalian akan menjadi petani-petani,
Yang menyuburkan keadilan dan kemulian insan,

Anak-anak kesayanganku,
Pastikan kalian hanya akan melangkah,
Dengan haluan kejujuran,
Pastikan kalian hanya akan berlari,
Mengekor angin kebenaran,
Pastikan kalian hanya akan bersuara,
Dengan gema ketakwaan,
Walaupun terbunuh dan mati tak bernisan,
Kalian akan tetap menjadi kalian.

M.S. Anuar Mahmod

Untuk Layari Blog Darul Ummah
http://www.laskar-bintang.blogspot.com/

- SEKIAN -

Baca selengkapnya...

Monday, May 11, 2009

OBAMA HANYALAH HAMBA !!!




Obama is just a new black slave working in the white house.
S.M Mohamed Idris

(Obama hanyalah seorang hamba kulit hitam yang baru, bekerja di Rumah Putih )
S.M Mohamed Idris

( Gambar : FRISHTA, 7, seorang kanak-kanak perempuan yang cedera di daerah Bala Baluk di wilayah Farah dipercayai disebabkan fosforus )


Penduduk Farah mangsa fosforus

KABUL: Sekumpulan doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kecederaan luar biasa penduduk kampung Afghanistan yang melecur teruk akibat pertempuran askar Amerika Syarikat dan Taliban menyebabkan kumpulan hak asasi negara itu menyiasat kemungkinan penggunaan kimia fosforus putih.

Perbuatan menggunakan fosforus putih untuk mewujudkan asap dibolehkan undang-undang antarabangsa, tetapi kumpulan hak asasi berkata penggunaan di kawasan padat penduduk boleh menyebabkan penduduk awam cedera menyebabkan jenayah perang berlaku.

Doktor Afghanistan memberitahu, sekurang-kurangnya 14 pesakit melecur teruk, bentuk kecederaan yang tidak pernah dilihat mereka sebelum ini. Penduduk kampung terbabit cedera dalam pertempuran semalam di wilayah Farah.
Penggunaan fosforus putih juga menjadi isu dalam konflik Gaza apabila tentera Israel dituduh menggunakannya.

Dakwaan bahawa fosforus putih atau bahan kimia lain digunakan mencetuskan kontroversi terhadap kerajaan Afghanistan yang menyifatkannya kes terburuk membabitkan penduduk awam sejak serangan Amerika pada 2001 menyingkirkan rejim Taliban.

Di Kabul, beratus-ratus penduduk berarak berhampiran Universiti Kabul memprotes tindakan tentera Amerika yang menyebabkan kematian orang awam itu.

Kejadian di Farah juga mencetuskan kritikan terhadap Karzai yang menggesa ditamatkan serangan udara.
Amerika Syarikat berkata, tentera mereka menahan penduduk kampung dengan harapan mereka akan mati dalam pertempuran, mencetuskan peningkatan jumlah kematian penduduk awam

Bagaimanapun, Ahad lalu, penasihat keselamatan Presiden Barack Obama berkata, Amerika tidak akan menamatkan serangan udara. – AP

- SEKIAN _

Baca selengkapnya...

Friday, May 8, 2009

Kami Ingin Mendengar Pengalaman Belajar Anda.





Kami ingin mendengar Pengalaman Belajar anda. Bukan belajar yang formal tetapi apakah yang telah anda pelajari sehingga memberikan kesan pada persepsi anda tentang sesuatu atau keperibadian anda. Mungkin saja pengalaman itu berlaku semasa anda sedang mengikuti pengajian yang formal atau mungkin saja dari mana-mana dan daripada siapa-siapa atau apa-apa juga.

Tidak mustahil seorang tukang sapu dapat mengajar anda sesuatu yang lebih besar daripada seorang professor. Sesetengah orang mungkin menganggap bahawa hal itu kecil tetapi telah mengubah anda menjadi lebih baik, lebih menghargai alam, lebih bersyukur dengan makanan dan menjadi seorang yang peka dengan nasib orang lain.

Bukankah seorang wanita Yahudi tua telah tersentuh hatinya dengan kehadiran seorang pemuda yang selalu datang menyuap makanan kepadanya dan mendengar segala rungutan dan caciannya tentang Nabi Muhammad s.a.w tanpa dia mengetahui bahawa pemuda itulah yang sedang dicaci-makinya.Sehingga setelah wafat Rasulullah, barulah wanita itu mengetahui pemuda itulah Nabi Muhammad s.a.w dicacinya. Wanita itu memeluk Islam mengenangkan keperibadiannya yang begitu tinggi.

Apa saja! Kami ingin mendengarnya daripada anda. Tuliskan kerana pengalaman anda akan turut memberikan kesan kepada insan yang lain. Hantarkan kepada:
ms.anuar@gmail.com dan zirkon82@yahoo.com

Jazakumullahu khoiron kathiro

www.pondokbukukita.blogspot.com
http://hamimanhamima.blogspot.com/

- SEKIAN -

Baca selengkapnya...

Monday, May 4, 2009

Jom Jadi Pengkarya Muda Muslim.





Jom Jadi Pengkarya Muda Muslim.

Menjadi pengkarya melalui penulisan tidak susah. Insyaallah jika anda boleh bercerita tentang apa yang anda lakukan semalam, maka kita tentu boleh menulis. Rakamkan cerita anda dalam bentuk tulisan, semudah itu.

Kami sedang berusaha untuk mencari penulis muda muslim yang sanggup memerah keringat, menulis, sedia untuk belajar dan berubah menjadi lebih baik demi memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Kami menerima sebarang bentuk karya penulisan sama ada:

• Cerita kanak-kanak
• Cerpen
• Novel
• Novel pendek (novelet)
• Kritik sosial dan alam sekitar
• Makalah
• Apa-apa sahaja yang sesuai

Hantarkan deraf karya, karya yang separuh siap atau yang telah siap kepada kami dan kami akan membantu anda dari segi:

• Membuat penilaian
• Menyunting penulisan
• Membantu penerbitan
• Memberikan latihan penulisan susulan

Alamatkan penulisan anda kepada :

ms.anuar@gmail.com dan zirkon82@yahoo.com

Ingat! Penulis yang baik ialah seorang pembaca yang baik, bijak menilai dan tajam dalam menganalisis. Kami menunggu kiriman anda.

www.pondokbukukita.blogspot.com

- SEKIAN _

Baca selengkapnya...