Monday, February 23, 2009

'Pride of War' & Dasar Kebudayaan Kebangsaan




Alhamdulillah diizinkanNYA untuk pergi ke Malam Kung Fu USM 2009. Dengan tema ‘Pride of War’ Malam Kung Fu USM 2009 telah benar-benar mengangkat suatu budaya kesenian tinggi. Dengan menonjolkan persembahan ‘War Drum’ serta pelbagai seni mempertahankan diri seperti Sholin, Aikido,Wushu dan Qigong memang amat mengagumkan.

Malah tarian singa dan tarian naga, dilakukan dengan sangat menarik dan penuh kelincahan. Hingga setiap detik tarian singa dilakukan sangat mendebarkan manakala kita terikut-ikut dengan liuk lentuk naga menari-nari. Suatu kebudayaan tinggi yang sangat menghiburkan.

‘Mask Changing’ atau dikenali ‘Bian Lian’ yang memaparkan kelicahan dan keupayaan serta dianggap oleh kerajaan China sebagai suatu rahsia yang perlu dipelihara turut dipersembahkan malam itu.

Malam Kung Fu 2009 ini, amat selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mencoretkan : -

Objektif
1.Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
2.Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebuadayaan

Prinsip utama
1.Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama
2.Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan
3.Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan

Strategi
1.Meninggikan taraf dan mutu kesenian
2.Memenuhi kepeluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk
3.Mengamalkan toleransi agama dan budaya
4.Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia

Namun dewasa ini hiburan yang dilakukan oleh masyarakat penuh dengan hedonisme dan epikurisme. Sekadar berseronok tanpa sebarang masej. Jauh sekali mengambarkan budaya tinggi sesuatu bangsa.

Lihat sahaja Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Raja Lawak, Jom Heboh dan segala macam mak nenek hiburan . Lebih kepada hiburun picisan bertaraf rendah dan menjatuhkan maruah sesebuah tamadun negara sahaja. Sangat bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangaan.

Tahniah Seketeriat malam Kung Fu, tahniah kepada 2 orang gadis melayu bertudung hitam yang memalu ‘War Drum’ dan terima kasih isteriku yang mengajak aku untuk menonton bersama-sama. Segalanya cantik dan hebat sekali pada Malam Kung Fu 2009, kecuali 2 orang gadis pengacara yang memakai Chong-sam dengan sangat ketat dan belah kainnya yang panjang.





Alhamdulillah diizinkanNYA untuk pergi ke Malam Kung Fu USM 2009. Dengan tema ‘Pride of War’ Malam Kung Fu USM 2009 telah benar-benar mengangkat suatu budaya kesenian tinggi. Dengan menonjolkan persembahan ‘War Drum’ serta pelbagai seni mempertahankan diri seperti Sholin, Aikido,Wushu dan Qigong memang amat mengagumkan.

Malah tarian singa dan tarian naga, dilakukan dengan sangat menarik dan penuh kelincahan. Hingga setiap detik tarian singa dilakukan sangat mendebarkan manakala kita terikut-ikut dengan liuk lentuk naga menari-nari. Suatu kebudayaan tinggi yang sangat menghiburkan.

‘Mask Changing’ atau dikenali ‘Bian Lian’ yang memaparkan kelicahan dan keupayaan serta dianggap oleh kerajaan China sebagai suatu rahsia yang perlu dipelihara turut dipersembahkan malam itu.

Malam Kung Fu 2009 ini, amat selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mencoretkan : -
>>>> Sila Klik Di Bawah Untuk Baca Selanjutnya >>>

Baca selengkapnya...

Thursday, February 19, 2009

‘Maryamah Karpov’



Selesai sudah saya membaca ‘Maryamah Karpov’, yakni buku terakhir tetralogi Laskar Pelangi karya Adrea Hirata. Membacanya bererti perasaan kita dilambung-lambung seperti kita membaca ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Pemimpi’ dan ‘Edensor’.

Permainan kata-kata, membuaikan emosi pembaca, soal ilmu, setiakawan dan mengangkat budaya masyarakat Belitong sesuatu yang seupaya mungkin dilakukan oleh penulis dalam setiap tetralogi Laskar Pelangi ini.

Mengingatkan watak-watak A Ling, Mahar, Ikal, Lintang, Aral bisa membuatkan kita tersenyum dan menangis. Disinilah kekuatan penulis menambilkan kekuatan watak yang sukar dilupakan dan mempunyai kebolehan yang tersendiri. Begitu juga latar yang dipaparkan oleh penulis sehingga kita merasakan suasana dan keadaan persekitaran yang seperti dapat dilihat dengan jelas. Latar setiap peristiwa diukir dengan teliti dan halus sehingga kita dibawa meniti setiap detik cemas, rindu, bebal dan gembira.

Penerbit juga memberi kupasan kekuatan cerita yang tercatat di dalam karya tersebut adalah berdasarkan kekuatan watak dan jalan cerita yang ditulis pengarang.

‘Keberanian dan keteguhan hati telah membawa Ikal pada banyak tempat dan peristiwa. Dengan sepenuh hati, Ikal rela berlayar mengunjungi pulau “Batuan” atau lebih dikenal sebagai pulau tempat para lanun berkumpul dan bersembunyi dari polisi. Ikal bersusah payah ke pulau itu hanya untuk bertemu A Ling. ia tidak peduli akan nyawanya. Keberaniannya ditantang ketika tanda-tanda keberadaan A Ling tampak. Dia tetap mencari, meski tanda-tanda itu masih samar. Dapatkah keduanya bertemu kembali? Novel ini menceritakan semua hal tentang Laskar Pelangi, A Ling, Arai, Lintang, dan beberapa tokoh dalam cerita sebelumnya. Tetap dengan sihir-sihir kata-katanya, Anda akan dibawa Andrea pada kisah-kisah yang menakjubkan sekaligus mengharukan’.

Jelas bumi Malaysia juga perlu melahirkan karya-karya sebegini yang mampu membina minda dan kepekaan pembaca. Sekaligus sebuah karya yang melontarkan kritik sosial dalam masyarakat mengenai jurang pendidikan, kealpaan pemerintah, kemiskinan masyarakat, hasil bumi yang dirompak oleh bangsa asing, semangat setiakanwan yang tinggi dan cinta yang ketaksampaian.

Ayuh kita jadilah penulis yang mampu menyumbang pembentukan sebuah ‘Manusia Malaysia’ yang berilmu dan berbuat.

Tetralogi Laskar Pelangi menjadi Fenomena, pastinya disebabkan kekuatan masej dan tema pendidikan serta budaya masyarakat yang dicatat oleh penulis. Terima Kasih Pak Andrea Hirata.

SEKIAN



Selesai sudah saya membaca ‘Maryamah Karpov’, yakni buku terakhir tetralogi Laskar Pelangi karya Adrea Hirata. Membacanya bererti perasaan kita dilambung-lambung seperti kita membaca ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Pemimpi’ dan ‘Edensor’.

Permainan kata-kata, membuaikan emosi pembaca, soal ilmu, setiakawan dan mengangkat budaya masyarakat Belitong sesuatu yang seupaya mungkin dilakukan oleh penulis dalam setiap tetralogi Laskar Pelangi ini.

Mengingatkan watak-watak A Ling, Mahar, Ikal, Lintang, Aral bisa membuatkan kita tersenyum dan menangis. Disinilah kekuatan penulis menambilkan kekuatan watak yang sukar dilupakan dan mempunyai kebolehan yang tersendiri. Begitu juga latar yang dipaparkan oleh penulis sehingga kita merasakan suasana dan keadaan persekitaran yang seperti dapat dilihat dengan jelas. Latar setiap peristiwa diukir dengan teliti dan halus sehingga kita dibawa meniti setiap detik cemas, rindu, bebal dan gembira...... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> KLIK DIBAWAH. UNTUK BACA SELENGKAPNYA

Baca selengkapnya...

Friday, February 13, 2009

‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’.




‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’.

( Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)

Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10pada 1685-1699. Beliau ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".

Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.
Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut.

Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas tahta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila ia besar dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik.

Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:
"He was a great sodomite and had taken many of his orang kaya or Nobles's son, by force into his palace for that abominable services. A Moorish merchant, who was a freighter on board my ship had an handsome boy to his son, whom the king one day saw and would needs have him for a catamite. He threatened the father, that if he did not send him with good will, he would have him by force. The poor man had taken his son on board, imploring my protection which I promised him.." ( Winstedt 1932).
Diberitakan ramai lelaki cantik menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya Megat Seri Rama.

Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari tahta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.

Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud ditanamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu. Tetapi ada pula seorang penuntut tahta sultan bergelar Raja Kecil. Kononnya raja ini adalah anak Sultan Mahmud yang masa kecilnya dilarikan oleh pembesar baginda ke Muar. Anak pembesar itu diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya.

Raja Kecil kemudiannya di bawa orang ke Pagar Ruyung. Apabila dewasa, lalu beliau dengan bantuan orang Minangkabau dan orang Laut menyerang Riau. Tahun 1719 Riau dapat ditawan, kerabat Sultan Abdul Jalil habis dibunuh. Sultan Abdul Jalil diturunkan pangkat menjadi Bendahara dan anaknya dikahwini oleh Raja Kecil. Bendahara ini melarikan diri ke Terengganu tetapi dapat dibunuh oleh orang upahan Raja Kecil, dan anaknya Raja Sulaiman ditawan.

Di Johor pula, persepakatan telah diwujudkan dengan orang Bugis diketuai oleh Daeng Marewa untuk menghalau Raja Kecil. Angkatan Bugis yang terkenal itu akhirnya berjaya menghalau Raja Kecil dan Raja Sulaiman kembali dinaikkan tahta kesultanan Johor Riau. Zaman kesultanan kerabat Sultan Abdul Jalil inilah menjadikan Riau terkenal sebagai pusat perdagangan dan agama Islam. Riau dikenali "Pulau Segantang Lada" yang dikunjungi berbagai pedagang dari Eropah dan timur jauh.


‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’.

( Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)

Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10pada 1685-1699. Beliau ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".

Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut.

Baca selengkapnya...

Wednesday, February 11, 2009

Lata Taring





Tika air mengukir batu,
Tika desirnya berbunyi lagu,
Tika cahaya suria memancar sinar,
Tika labah-labah asyik menganyam,
Tika bunga hutan kembang setaman,
Aku hanya tertunduk malu.

Lata Taring, Pos Kuala Mu
18 Januari 2008

Baca selengkapnya...

Wednesday, February 4, 2009

'Sonata Kasihku'






Tahniah Kepada Isteriku. Atas terbitnya novel kelima beliau 'Sonata Kasihku'. Seperti selalu aku bicarakan kepadanya 'Moga karya-karya terhasil dari penamu memberi manafaat kepada pembaca dan membentuk peribadi pembaca'.

Dan seperti selalu engkau mengungkap 'Insyaallah, itu juga yang neza pohon dan harapkan'.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan sila email kepada alamkedah@yahoo.co.uk
Harga RM 17.90 + Kos penghantaran.

Jazakumullah.

Baca selengkapnya...

Sunday, February 1, 2009

Selamat Hari Wilayah - "BEREMBANG TELAH MENJADI SAKSI "





Selamat Hari Wilayah - "BEREMBANG TELAH MENJADI SAKSI"

Bahang panas yang hampir membakar Kuala Lumpur dan Ampang, turut melanda seluruh negara. Ianya terlalu terik hingga ubun-ubun kepala seperti mendidih dan amarah manusia kian menggelegak. Namun bagi kondominium di Bukit Antarabangsa, atau banglo di Taman Tun, mereka hanya sekadar perlu kuatkan ‘aircond’ hingga suhu 16 darjah Celcius, dan perapkan diri dalam rumah.

Sekiranya mahu juga keluar ke Bandar, mereka hanya sekadar perlu sejukkan kereta mewah mereka dengan ‘aircond’, pada tahap beku. Namun ianya berbeda bagi penduduk setinggan, yang rata-ratanya berada pada tahap sederhana dan, ada yang pada paras kemiskinan. Mereka sekadar bersabar, tatkala atap zink, menjadikan rumah setinggan itu bagaikan ketuhar yang membakar.

Keadaan ini mengingatkan aku tentang tragedi Berembang I dan tragedi Berembang II. Tatkala setinggan Kampung Berembang, di sana diruntuhkan sesuatu yang amat menyedihkan menyentuh perasaanku. Ini kerana aku sebenarnya rasa terlalu rapat dengan kehidupan setinggan. Kerana aku juga budak setinggan. Setinggan Kampung Berembang, adalah jiran yang agak dekat dengan setinggan kampung aku, iaitu Kampung Bumiputra. Kampong Berempang merupakan ‘port’, aku melaga ayam. Juga tempat mencari ‘spider’ untuk tujuan lawan ‘spider’. Juga hubungan rapat budak setinggan Bumiputra dengan musuh-musuh ’team’ bola sepak budak Berembang.

Bagi aku, budak Berembang jugak banyak yang terdiri dari geng kepala masam, dan memang selalu sangat kami bergaduh dengan budak-budak Berembang.

Aku tidak tahu, bila setinggan Berembang wujud atau juga bila setinggan Kampung Bumiputra wujud. Namun yang aku tahu, sejak aku mengenal bulan dan matahari, Kampung Berembang dan Kampung Bumiputra sudah wujud. Kehidupan setinggan bukan terlalu indah sewaktu sekitar 70-an dahulu. Bayangkan ada 2 paip air yang terpaksa dikongsi oleh kira-kira 60 keluarga. Juga kehidupan tanpa elektrik di sepanjang masa. Hanya lampu gasolin yang dihidupkan apabila senja menjelma. Bayangkan rumah tanpa perparitan yang sempurna. Malahan bayangkan jamban yang tidak sempurna, rumah yang berasak-asak dan sempit. Kehidupan yang serba tidak sempurna, dengan gaji atau pendapatan yang kecil. Cik Ro yang menjadi tukang sapu, atau Pak Cik Ghani Udang yang bekerja di pasar menjual udang. Juga Abang Abu yang hanya buruh kontrak, yang pastinya banyak bangunan di Kuala Lumpur ini hasil dari tangannya.

Aku masih ingat lagi, bila melihat anak-anak Abang Abu, iaitu kawan-kawan sekolahku, yang makan nasi berkuah air garam. Namun Abang Abu tetap setia, membanting tulang berkerja di Kuala Lumpur. Juga masih aku ingat tatkala Cik Ro, yang dilanggar hingga kakinya kanannya dipotong sewaktu sedang meyapu di Jalan Semarak. Tanpa mendapat rawatan yang sempurna, kaki Cik Ro membusuk serta nanah yang bercampur darah keluar dari kaki Cik Ro. Antara ingat dan tidak, masih terngiyang-ngiyang di telingaku.

’Sakitnya, tak tahan Ro nak tanggung derita ini’. Suara sebak menahan kesakitan yang amat sangat oleh Cik Ro.

Namun dalam keadaan kesakitan dan kepedihan yang amat sangat. Cik Ro, sesekali menyatakan kebimbangngan siapa yang akan menyapu sampah di Jalan Semarak. Dia bimbang kawasan itu, tidak ada orang yang akan bersihkan.

Namun begitu umur Cik Ro masih panjang, Cik Ro sembuh selepas 2 tahun menderita. Bayangkan selepas itu dengan kaki palsu, Cik Ro meneruskan amanahnya, menyapu dan membersihkan Kuala Lumpur.

Dengan gaji atau pendapatan yang tak seberapa, mereka sebenarnya menderita di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Sewaktu itu Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya juga sebenarnya baru membangun. Hakikatnya yang membangunkan Kuala Lumpur adalah orang-orang yang tinggal di kawasan setinggan, dan sewaktu itu Kuala Lumpur bukanlah apa-apa. Merekalah yang hidup derita untuk membangunkan pusat bandar di Malaysia. Merekalah peneroka bandar yang membuka bandar ini. Namun yang paling biadap apabila Kuala Lumpur sudah dibangunkan dan khidmat dan penderitaan seisi keluarga mereka tidak diperlukan. Mereka dihalau bersama keluarga mereka bagaikan anjing kurap yang tiada nilai pada mata mereka. Memang tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Kita cuba memisahkan manusia dengan istilah tanah T.O.L ( Temporary Occupation Licence ), tanah bergeran, tanah milik kerajaan, tanah adat, tanah wakaf,setinggan haram dan banyak jenis tanah lagi. Namun bagaimana sekalipun status tanah itu, bagi orang yang puluhan tahun duduk menderita, membangunkan kawasan sekelilingnya aku berani menyatakan tanah itu milik mereka. Kerana tatkala itu, semua orang tidak mahu berkongsi penderitaan mereka ketika membangunkan Kuala Lumpur.

Malahan yang meruntuhkan rumah-rumah mereka serta surau tempat mereka bersolat, juga pastinya mereka yang belum tentu memberi sumbangan terhadap pembangunan Kuala Lumpur dan Ampang sendiri. Peristiwa ini merupakan satu kezaliman serta sifat tamak manusia. Di mana bila konflik antara pemaju yang hendak sangat membuat untung yang besar dalam jangkamasa yang pendek, memperkakaskan segala agensi dan apa juga apparatus negara, bagi mencapat matlamat mereka.

Bagaimana sebenarnya polisi kita terhadap setinggan dan mereka yang tinggal di tanah T.O.L. Adakah dengan memindahkan mereka di rumah panjang, atau rumah baru yang jauhnya berpuluh kilometer dari kawasan asal mereka dan tempat mereka mencari pendapatan. Atau sekadar memberi mereka rumah sewa, agar mereka terus menyewa sehingga mati. Atau juga seperti di Tanjong Tokong, Pulau Pinang memberi sebuah keluarga yang anak lapan, untuk menghuni sebuah rumah sempit, yang hanya ada satu bilik.

Jelas orang lain telah membuat duit berjuta ringgit, hasil kemiskinan dan penindasan terhadap manusia yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara ini. Mereka yang menindas ini cuba mewujudkan jurang yang semakin melebar antara kelompak masyarakat ini, seperti mewujudkan kasta dalam masyarakat. Orang-orang seperti mereka yang tinggal di setinggan seperti ini, terlalu kaya dengan kemiskinan.

Khalifah Omar telah dilaporkan pernah berkata pada hari-hari terakhir beliau menjadi Khalifah, bahawa seandainya dahulu beliau tahu perkara yang beliau tahu pada masa itu, tentang semangat kesaksamaan Islam, sudah tentu beliau mengambil seberapa banyak lebihan yang boleh daripada golongan kaya dengan paksaan, sebanyak mana yang diperlukan bagi memenuhi keperluan dan asas golongan yang tidak berada.

Seperti mereka yang di Tanjong Tokong dari segi sejarahnya tanah yang didiami mereka, memang hak milik mereka, warisan nenek moyang mereka. Namun proses penjajahan Inggeris yang kemudian diteruskan oleh agensi UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar), yang sepatutnya bertanggungjawab membangunkan Tanjong Tokong ini. Keadaan ini telah meminggirkan dan menafikan hak milik Tanjong Tokong kepada pewaris yang membuka Tanjong Tokong ini.

Juga apa kurangnya setinggan di Kuala Lumpur dan Selangor. Warga setingganlah yang membangunkan bandar-bandar besar ini.

Ketamakan kelompok pemodal yang hanya mementingkan untung semata-mata ini, dan politikus yang mempunyai kepentingan peribadi ini, bukan sahaja menindas kelompok setinggan ini. Namun ia telah memberi kesan langsung terhadap institusi keluarga. Bayangkan keluarga yang dipindahkan untuk tinggal di rumah panjang, atau rumah satu bilik untuk didiami oleh 8 orang anak beranak. Kita bukan sahaja telah merosakkan keluarga tersebut malahan merosakkan juga masyarakat dengan gejala sumbang mahram, seks bebas, mat rempit dan seribu satu masalah yang timbul dalam masyarakat Semua ini telah timbul akibat polisi perumahan gila, yang dibuat oleh kita.

Namun disuatu sudut, terdapat ahli politik yang mempunyai kepentingan dan berpura-pura prihatin serta cuba mengatasi masalah yang berlaku ini. Namun masalah yang datang dan menjadi wabak dalam masyarakat ini sebenarnya adalah polisi mereka sendiri sebenarnya. Polisi naif dan berkepentingan peribadi oleh mereka.

Aku juga ingin berpesan kepada teman-temanku, yang ingin menjadi ahli politik, jangan jadi munafik. Menindas orang lain, merosakkan masyarakat dan kemudian berbicara soal pemulihan masyarakat.

Malahan konsep kepimpinan, itu sendiri membawa erti kita memberi khidmat kepada masyarakat. Kepimpinan itu bukan bererti mengambil kesempatan kepada masyarakat. Ini jelas seperti digambarkan, dalam sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul ke Madinah. Mereka ketika itu tidak mempunyai keperluan air untuk digunakan. Ketika itu seorang Yahudi yang mempunyai sebuah perigi mengambil kesempatan dengan menjual air dari perigi yang dimilikinya.

Seorang sahabat iaitu Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya, dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka bergilir, satu hari perigi itu hak Yahudi, dan satu hari Hak Uthman.

Selepas itu pada hari giliran Uthman, semua orang akan mengambil air untuk keperluan 2 hari. Ini menyebabkan Yahudi itu, merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya. Selepas itu Yahudi itu, menjual terus perigi itu kepada Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.

Ini lah yang dimaksudkan kepimpinan, memenuhi kebutuhan asas masyarakat. Walaupun menggunakan segala usaha dan wang sendiri. Kita juga perlu tahu bahawa perpaduan dapat diperkukuhkan sekiranya keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi. Bukan dengan memindahkan mereka, jauh dari tempat kerja mereka.

Selain itu, beberapa peristiwa rampasan tanah, dan kemusnahan alam yang berlaku di merata tempat. Ianya telah memberikan aku definisi erti tanah, sungai dan alam kepada kehidupan seorang petani, nelayan dan masyarakatnya. Aku cuba merasakan dengan jelas dan sejelas-jelasnya penghayatan dan nilai tanah, sungai dan alam dalam kehidupan mereka. Bagi petani, tanah adalah kedaulatan dan kehidupan masyarakat. Sungai dan bakau bagi nelayan adalah nadi dan nyawa kepada semua kehidupan sungai serta laut dan seisinya.

Seperti kes rampasan tanah yang berlaku di Kerpan, telah menjadi saksi.

“Bagaimana kami boleh duduk di rumah, kalau padi yang menguning ini serta tanah, yang menjadi nyawa kami akan dirampas. Kalau ingin tangkap suami kami, Sila ambil semua isteri-isteri disini dan anak-anak kecil disini. Penjarakan kami juga. Biar sejarah ditulis kami mempertahankan hak kami!”. Tengking Mak Cik Su.

‘Sabar mak cik’. Pinta seorang polis muda.

‘Sebab sabarlah kami kami ada disini.’ Suara Mak Cik Su yang makin meninggi.

‘Mak Cik!, jangan paksa kami penjarakan semua!!’. Tengking seorang polis yang berpangkat Sarjan,

‘Penjarakanlah! Esok lusa anak saya yang di dalam buaian pula akan menggantikan tempat saya dan suami untuk mempertahankan hak mereka!.’ Jelas Mak Cik Su lagi.

Selepas itu polis-polis itu terdiam dan membisu seribu bahasa. Namun tanpa disangka jentolak masuk juga untuk memusnahkan padi-padi mereka yang masak meranum.

Hingga seorang mak cik, tua mengambil tindakan menahan dengan tangannya, sebuah jentolak . Sehingga sejarah tertulis yang ia telah cuba sedaya upaya, mempertahankan tanah dan harga dirinya. Dan petang itu sekitar 30 orang termasuk wanita yang kebanyakannya sudah tua telah diangkut dengan ‘Black Maria’, ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam. Mereka telah di penjarakan, tanpa perasaan kemanusiaan.

Ini digambarkan sebagai syajaah, yang membawa makna keberanian. Dan syajaah inilah yang mampu membangkit kesedaran masyarakat dari penindasan yang berlaku. Ianya juga yang menggelombangkan arus perubahan dalam masyarakat ini. Ia juga mengingatkan aku kepada apa yang dikhabarkan oleh, Abou Tayeb al-Mutannabi : ‘Orang pengecut matinya beribu kali, orang berani matinya hanya sekali’.

Apa yang berlaku di Berembang, dan Kerpan ini, sebenarnya secebis kisah kecil penderitaan masyarakat. Berembang juga telah menjadi saksi, inilah penderitaan yang berlaku dalam masyarakat. Konsep pembangunan masyarakat yang ada sekarang ini, jelas mendatangkan penderitaan kepada mereka yang miskin dan tinggal di kawasan yang termiskin. Namun percayalah, mereka yang tertindas inilah yang akan mengubah dunia dan konsep pembangunan gila yang semakin rosak ini. Pastinya juga perubahan hanya boleh dan akan dilakukan oleh orang yang lapar dan yang merasai kelaparan orang lain.

Hakikatnya, aku bukan sekadar teringatkan pengalaman lawan bola sepak antara budak Berembang dengan budak Bumiputra. Atau bukan sekadar teringat pengalaman mencari ‘spider’ di Berembang atau bukan sekadar pengalaman bergaduh dengan budak-budak Berembang dulu. Tapi juga wajah-wajah mereka yang hidup melarat dan menderita di setinggan, mereka yang menjadi buruh kasar membangunkan Kuala Lumpur. Yang pernah hidup di bawah lampu gasolin. Yang berangkut air kerana air yang sering putus. Yang satu jamban, dikongsi 25 keluarga. Juga aku teringatkan petani Kerpan, yang menyediakan beras untuk semua masyarakat makan, sedangkan mereka selalu tidur dalam keadaan perut mereka dan anak-anak yang lapar.

Aku termenung panjang melihat KLCC, dari jendela rumahku. Mengingatkan juga Ampang Point yang penuh dengan mereka yang bertali leher dan berseluar jeans ketat, juga melihat highway di hadapan rumah aku. Aku termenung lebih panjang, melihat masyarakat yang derita dan terus derita dengan konsep pembangunan hari ini. Dan Berembang Telah Menjadi Saksi.

www.pondokbukukita.blogspot.com

p/s Nukilan ini dimasukkan dalam buku pertama saya ‘Suara-Suara Terpendam’ Dari Kisah Masyarakat Terindas, Pembangunan Tempang dan Alam yang Musnah. Akan diterbitkan pada bulan depan Insyaallah. Doakan agar dipermudah. Jazakumullah.


Selamat Hari Wilayah - "BEREMBANG TELAH MENJADI SAKSI"

Bahang panas yang hampir membakar Kuala Lumpur dan Ampang, turut melanda seluruh negara. Ianya terlalu terik hingga ubun-ubun kepala seperti mendidih dan amarah manusia kian menggelegak. Namun bagi kondominium di Bukit Antarabangsa, atau banglo di Taman Tun, mereka hanya sekadar perlu kuatkan ‘aircond’ hingga suhu 16 darjah Celcius, dan perapkan diri dalam rumah.

Sekiranya mahu juga keluar ke Bandar, mereka hanya sekadar perlu sejukkan kereta mewah mereka dengan ‘aircond’, pada tahap beku. Namun ianya berbeda bagi penduduk setinggan, yang rata-ratanya berada pada tahap sederhana dan, ada yang pada paras kemiskinan. Mereka sekadar bersabar, tatkala atap zink, menjadikan rumah setinggan itu bagaikan ketuhar yang membakar.

Keadaan ini mengingatkan aku tentang tragedi Berembang I dan tragedi Berembang II. Tatkala setinggan Kampung Berembang, di sana diruntuhkan sesuatu yang amat menyedihkan menyentuh perasaanku. Ini kerana aku sebenarnya rasa terlalu rapat dengan kehidupan setinggan. Kerana aku juga budak setinggan. Setinggan Kampung Berembang, adalah jiran yang agak dekat dengan setinggan kampung aku, iaitu Kampung Bumiputra. Kampong Berempang merupakan ‘port’, aku melaga ayam. Juga tempat mencari ‘spider’ untuk tujuan lawan ‘spider’. Juga hubungan rapat budak setinggan Bumiputra dengan musuh-musuh ’team’ bola sepak budak Berembang.

Baca selengkapnya...