Friday, March 27, 2009

'SUARA-SUARA TERPENDAM : Masyarakat Tertindas, Pembangunan Tempang dan Alam Musnah’





Kembara bersama individu-individu yang kental memperjuangkan hak rakyat dan alam sekitar dalam kerangka yang jelas, telah menghasilkan buku pertamaku ‘Suara-Suara Terpendam : Masyarakat Tertindas, Pembangunan Tempang dan Alam Musnah’.

Buku Yang diterbitkan oleh Pustaka Yamien dengan kerjasama KOMUNITI ini di harap mampu memberi sumbangan kecil dalam pengislahan masyarakat dan pembelaan masyarakat tertindas serta pemuliharaan alam yang musnah.

Buku yang aku jadikan mahar pernikahan ini juga terinspirasi dengan langkah perjuangan Abu Dzar Al Ghifari. Manusia pejuang yang berbahasa, hanya dengan bahasa kebenaran. Berbangsa dengan bangsa yang haus menegakkan keadilan. Dan berjalan hanya dengan haluan kebenaran.

Seperti yang kunyatakan kepada isteriku moga buku ini yang aku jadikan mahar menyuntingmu, memberikan sumbangan kecil ke arah pembangunan peradaban yang diimpikan.

Pastinya perit getir pengalaman bersama Mak, Ayah dan keluarga membesar di kawasan setinggan yang penuh kegetiran serta penindasan telah menyedarkan aku tentang makna keadilan dan hak.

Insyaallah buku ini akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2009)( 17-26 April 2009). Suara-Suara Terpendam Boleh didapati ruang niaga Pustaka Yamien Sdn. Bhd sewaktu pesta buku.

Jazakumullah kepada sifuku S.M Mohamed Idris yang sudi memberikan prakata untuk buku ini. Dan sekalung penghargaan juga kepada penulis berpengalaman Azizi Abdullah yang memberi komen untuk buku Suara-Suara Terpendam.

Mohon disebarkan email ini kepada teman-teman.

* Bagi yang ingin membeli buku ini : melalui pos bolehlah membuat pesanan melalui email pondokbukukita79@gmail.com . Buku ini dijual dengan harga RM18.00 dan Bayaran Pos RM1.00.

Langkah 1
Masukkan duit ke akaun
CIMB 07080061197 52 9
Siti Hazneza Bt Abdul Hamid
( Pastikan nama dan no akaun sama )

Langkah 2
Selepas membuat pembayaran sila emailkan kepada pondokbukukita79@gmail.com

Nama Penuh
Alamat
Jumlah bayaran
No telefon

- Sekian, Jazakumullah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam...abgnuar,tahniah..

    kim salam kt kakneza.. n baby,, cepat betul masa berlalu..
    moga ALLAH memberikan kekuatan kepada kakneza n abgnuar dn kita semua untuk melangkah gagah di bumiNYA ini..mija

    ReplyDelete