Sunday, January 11, 2009

PERGI JAHANAM AMERIKA 2


JAHANAM AMERIKA 2

Sewaktu dalam kapal terbang dari Chicago ke Washington, aku duduk di sebelah seorang profesor Sejarah. Kami bersembang dari persoalan kecil sehingga persoalan berat. Cuma yang tidak menyelesakan aku apabila dia meminta Red Wine. Sesuatu yang membuatkan aku hampir termuntah dengan baunya.

Perbualan kami bertambah menarik, apabila dia mula menceritakan latar belakang akademiknya dan kemahirannya dalam bidang ilmu. Kemudian kami berbicara soal Holocaust kerana profesor tersebut mempunyai kajian yang tersendiri terhadap Holocaust. Yang lebih menghangatkan perbincangan adalah tatkala aku secara tiba-tiba mengajukan beberapa persoalan yang penting, dan aku benar-benar ingin mengetahui.

Benarkah wujudnya Holocaust terhadap bangsa Yahudi ?
Yang berlaku di Iraq itu bukan Holocaust ?
Native America bukan Holocaust ?
Shabra & Shatila itu bukan Holocaust ?

Pertemuan kami berakhir apabila profesor Sejarah itu jelas menyatakan adalah sesuatu yang biasa apabila soalan itu muncul daripada seorang Muslim, apatah lagi dari Malaysia. Dan secara bersungguh-sungguh beliau menyuruh aku melawat United States Holocaust Memorial Museum apabila sampai ke Washington. Hari terakhir aku di Washington aku berjaya juga mencuri masa lari dari seminar, semata-mata ingin ke Muzium tersebut.

Aku kagum dengan struktur dan kandungan muzium tersebut. Apabila aku masuk beserta beberapa orang yang tidak aku kenali, seorang lelaki Amerika terus membawa aku untuk menaiki lif. Kami terus menuju ke tingkat yang paling atas.

Kami tidak mempunyai pilihan lain untuk turun, melainkan mengikut anak tangga. Dan secara langsung atau tidak kami perlu menyelesaikan untuk melihat setiap yang dipaparkan di dalam muzium tersebut.

Hampir kesemuanya menceritakan bagaimana Bangsa Yahudi dibunuh oleh Nazi secara kejam dan penuh kezaliman. Masih aku ingat tentang cerita yang dipaparkan mengenai Daniel’s Story dan Anne Frank and The Children of Holocaust. Semuanya berkisar tentang penderitaan anak-anak Yahudi.

Seterusnya dari satu tingkat ke satu tingkat, muzium itu jelas cuba memberikan kesan emosi yang dalam. Gambar kanak-kanak dipaparkan untuk meraih simpati yang mendalam daripada pengunjung. Maka kesan emosi yang dibina sangat keterlaluan. Sehingga aku percaya hampir semuanya akan merasionalkan imej dan gambaran yang diberi, membenihkan simpati yang sangat dalam kepada bangsa Yahudi ini sehinggakan kebenaran dan fakta sebenar diketepikan.

Projek Muzium ini merupakan satu ‘pensejarahan semula’ yang dilakukan oleh Amerika dan Zionis. Pensejarahan semula yang dilakukan untuk mewujudkan simpati yang dalam dan melupakan perbuatan mereka kepada umat dunia.

Melupakan dunia daripada kematian umat manusia di Vietnam, Iraq, Afghanistan dan Palestin yang dilakukan oleh mereka. Hal inilah yang dilakukan oleh Zionis dan Amerika. Perlu diingat, Amerika dan Israel bukan sekadar sebuah Negara tetapi ialah ideologi individualisme, sekularisme, monobudaya, hegemoni, ketidakadilan, penindasan gender, pencabulan hak asasi dan pembunuhan manusia yang tidak berdosa.

Maka keadaan ini menuntut kehancuran serentak Amerika dan Zionis dalam bentuk fizikal dan ideologi.

Walaupun jelas terdapat juga masyarakat yang mula berlembut lidah dengan kemenangan Obama dan memberikan harapan bahawa Obama akan menyelesaikan masalah ini namun itu adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana Obama tidak lebih daripada seorang lagi hamba berkulit hitam yang akan berkerja di rumah putih pada tahun 2009.

Pada saat ini Amerika sudah merencana menghantar 3 tan peluru kepada Israel dan pernyataan dari Amerika adalah bahawa peluru yang dikeluarkan bukan untuk tujuan perang yang sedang berlaku sebaliknya sekadar stok untuk Israel dan tiada kaitan dengan perang tersebut. Begitulah pernyataan daripada bangsa penipu.

Mesej ini jelas menunjukkan sokongan Amerika dan Zionis untuk melakukan Holocaust kepada Bangsa Palestin. Menembak tepat anak-anak kecil Palestin di kepala. Mengebom wanita yang tak berdosa. Juga pembunuhan besar-besaran kepada seluruh umat Palestin. Membiarkan mereka mati kebuluran. Membunuh umat Palestin seperti membunuh haiwan!

Dalam masa yang sama jelas pemimpin negara Islam juga bersubahat membunuh umat Islam di Palestin. Kalau dahulu aku memanggil Bush Laknatullah! Sharon Laknatullah! Tapi hari ini aku akan memanggil Hosni Mubarak Laknatullah! King Fahd Laknatullah! Mereka menjadi syaitan bisu. Tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Laluan di sempadan Rafah tidak dibuka oleh Mesir, menjadikan rakyat Palestin dikepung oleh Israel dan ditempak secara percuma. Begitu juga King Fahd yang sekadar menjadi manusia penakut dan bersekongkol dengan Amerika dan Zionis.

Justeru mari kita bertanya apakah peranan kita? Kita punya beberapa perkara yang dapat dilakukan mengikut kemampuan dan kuasa kita. Pastinya yang paling hampir bagi pengguna di Malaysia ini ialah boikot.

Tapi boikot apa? Cukupkah sekadar kita memboikot Mc Donald, KFC, Intel, Starbuck dan Colgate? Persoalan ini penting untuk dijawab oleh semua umat dunia. Sekiranya kita rasakan cukup. Jelas kita salah!

Hal ini kerana yang perlu diboikot selain daripada produk, ialah cara hidup, budaya hidup, cara berfikir, liberalisme berfikir ala Amerika, sistem kewangan, FTA, monobudaya dan individualistik ala Zionis! Kita perlu secara dalam memahami menifestasi boikot yang kita lakukan.

Sebagai contoh The Salt March yang dilakukan oleh Gandhi 77 tahun lalu yang melibatkan perarakan sejauh 400 km bukanlah sekadar bantahan fizikal produk semata-mata. Beliau melawan monopoli, penjajahan dan kuasa sial British ketika itu. Kita perlu sama-sama menghayati konsep boikot yang dibawa supaya menjadi bentuk ilmu yang hidup dan memberikan kesan kepada kita dan umat dunia.

Bukan seperti sewaktu tingkatan 3 belajar mengenai Tok Janggut tanpa memahami konsep perjuangan Tok Janggut yang sebenar dan pengajaran-pengajaran yang perlu dikutip dari perjalanan perjuangan Tok Jangut itu. Pelajar diperangkap untuk menjadi penghafal fakta-fakta perjalanan hidup dan tarikh-tarikh semata-mata. Satu bentuk ilmu yang kaku dan gila.

Dalam masa yang sama terdapat keutamaan untuk kita memikirkan Jihad dan Qital. Hal ini sesuatu yang tidak boleh ditolak tepi. Pemuda-pemudi Islam, termasuk aku perlu diasuh iman, jiwa dan emosi untuk mengalirkan darah di bumi Palestin. Mari kita sama-sama cuba mengasuh segala kudrat kita untuk memikirkan persediaan kita untuk Jihad dan Qital di bumi Palestin. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Abdul Aziz Rantisi.

I could die of cancer or heart attack as easily from Israeli Apache helicopter strike. I PREFER THE APACHE!

http://www.pondokbukukita.blogspot.com/
12 Januari 2008


JAHANAM AMERIKA 2

Sewaktu dalam kapal terbang dari Chicago ke Washington, aku duduk di sebelah seorang profesor Sejarah. Kami bersembang dari persoalan kecil sehingga persoalan berat. Cuma yang tidak menyelesakan aku apabila dia meminta Red Wine. Sesuatu yang membuatkan aku hampir termuntah dengan baunya.

Perbualan kami bertambah menarik, apabila dia mula menceritakan latar belakang akademiknya dan kemahirannya dalam bidang ilmu. Kemudian kami berbicara soal Holocaust kerana profesor tersebut mempunyai kajian yang tersendiri terhadap Holocaust. Yang lebih menghangatkan perbincangan adalah tatkala aku secara tiba-tiba mengajukan beberapa persoalan yang penting, dan aku benar-benar ingin mengetahui.

Benarkah wujudnya Holocaust terhadap bangsa Yahudi ?
Yang berlaku di Iraq itu bukan Holocaust ?
Native America bukan Holocaust ?
Shabra & Shatila itu bukan Holocaust ?

2 comments:

  1. saya mula sedar dengan artikel abg ini....benar...mereka cuba emmadam api di Uygur, Vitnam, Afghan, Chechen dan dll dengan propaganda holywood, muzium dn sebagainya atas nama akademik dan fakta konsensus....boikot cara Ghandi..ya ia perlu diketengahkan....boleh abg perincikan?

    ReplyDelete
  2. Boikot dengan kefahaman yang mendalam. Yang kita boikot bukan sekadar fizikal produk. Tapi budaya dan juga imperialisme yang cuba dibawa oleh sesuatu produk. Ia menuntut komitmen yang tinggi dan juga kesedaran pengguna keseluruhan. Sebagai contoh jelasnya apa bezanya Coca Cola dan Radix Cola ? Kedua2 produk merupakan imperialisme minuman bergas yang tidak sihat untuk kesihatan. Bukan semua produk perlukan alternatif pengganti. Ada yang memang perlu ditinggalkan terus. Adakah bagi remaja yang belum berkahwin sekadar menukar kondom buatan Amerika dengan Kondom buatan Malaysia. Segalanya menuntut kita memahami kita melawan budaya yang dibawa oleh sesuatu produk.

    ReplyDelete