Muqaddimmah : Mahakarya Ibnu Khaldun
1.Ibn Khaldun Sebagai Ilmuan
Ibn Khaldun berada dalam keadaan yang cukup istimewa. Berasaskan timeline sejarah Islam, era beliau aktif dalam kerja-kerja akademiknya pada era ketika mana peradaban dan ketamadunan Islam sedang berada di ambang kemerosotannya. Sebagai ahli falsafah sejarah, beliau cukup bertuah kerana berpeluang menyaksikan fasa akhir dalam kitaran atau pusingan sejarah peradaban dan ketamadunan Islam iaitu dari proses bangkit, mencapai kegemilangan dan kemudiannya mengalami kemerosotan, dan beliau beliau juga adalah sebahagian daripada proses tersebut.
2. Membersihkan Bentuk Penulisan Sejarah dari Mitos dan Kecelaruan Fakta
Beliau meletakkan kepentingan sejarah dari sumber beragam, pengetahuan yang luas, watak peradaban, hitungan yang tepat dan ketekunan. Bukan nukilan, fakta politik. / Cth Mas’udi dan beberapa sejarawan menyatakan Nabi Musa menghitung tentera Israel di Padang Tiih berjumlah enam ratus ribu orang atau lebih. Ini nyata kesalahan dan ketidaktelitian fakta.
3. Meletakkan Sejarah Sebagai Ibrah Dalam Konteks Membina Peradaban ?
Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menjelaskan tentang kepentingan ilmu sejarah. Bagi beliau sejarah adalah ilmu yang hidup dan amat mustahak bagi manusia mendapat pengajaran. Beliaulah antara yang terawal mengemukakan konsep “al-‘ibar” (berasaskan konsep al-ibrah dalam al-Quran), iaitu sejarah adalah tauladan bagi generasi kemudian. Bangsa yang tidak menghargai sejarahnya adalah bangsa yang bakal dihukum oleh sejarahnya sendiri.
Bagi menegaskan konsep “al-‘ibar” beliau mengemukakan suatu kerangka kaedah atau pendekatan saintifik bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat. Ini penting bagi mampastikan kewibawaan faktanya dan membolehkan sejarah itu dipertangung jawabkan, difahami dan kemudiannya dapat dijadikan rujukan oleh generasi kemudian. Ini menjadikan ilmu sejarah bukan lagi dilihat sebagai suatu bentuk naratif semata-mata tetapi sebagai suatu bidang kajian yang mempunyai nilai ilmiahnya sendiri.
4. Pandangan Teori Sejarah Ibn Khaldun
Model peradaban yang dikemukakan mengambil kira segala aspek termasuk sifat biologi, fizikal, spiritual dan fitrah manusia. Beliau menggunakan istilah umran hadhari dan umran badawi bagi memperlihatkan proses yang dilalui oleh sesebuah masyarakat menuju peradaban. Huraian beliau tentang sifat dan ciri masyarakat desa dan bandar jauh mendahului Ferdinand Tönnies (1855-1936) yang cukup terkenal dengan konsep Gemeinschaft dan Gesellschaftnya itu.
Beliau menggariskan ciri-ciri penting yang ada dan perlu dimiliki oleh masyarakat yang ingin bergerak maju dan berubah dari status badawi kepada hadari. Beliau mengemukakan ciri-ciri dan sifat-sifat penting yang harus dan perlu dimiliki oleh masyarakat yang maju dan bertamadun. Beliau menggariskan sebab musabab yang menjadikan sesuatu peradaban itu lemah dan merosot. Ini semua terangkum dalam kerangka teori kitaran yang beliau kemukakan. Beliau melihat proses sejarah sebagai sesuatu kitaran yang konsisten yang mematuhi hukum tertentu. Berasaskan pengamatan ini beliau dapat menjangkakan misalnya tempoh kitaran yang dikatakan bertahan sekitar tiga generasi. Generasi awal dikatakan memiliki semangat juang dan kekuatan “asabiyyah” yang tinggi, manakala generasi pertengahan memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kraf, manakala generasi berikutnya adalah generasi yang mula mabuk kemewahan, kehilangan adab, akhlaq dan jati diri yang akhirnya membawa kepada kemerosotan.
5. Ibn Khaldun Dalam Pandangan Barat ?
Alice Thomson, dalam rencananya yang berjudul “14th-Century Muslim Sage Has Much To Teach Us” diterbitkan dalam The Daily Telegraph (26/10/2001) menulis seperti berikut .
Is this, in the words of Francis Fukuyama, the end of history? Or the end of the end of history? Is it, as Samuel Huntington would say, a clash of civilisations? Or a war for civilisation against barbarism? What does it all mean? These and other "grand theorists" claim to explain the present crisis, but American gurus have no monopoly on wisdom. Equally illuminating insights into contemporary world history, however, come from a Muslim historian who wrote more than 600 years ago…(Thomson,2001)
Pemikiran dan idea Ibn Khaldunjuga sering menjadi rujukan oleh tokoh-tokoh politik dan pemimpin dunia. Antaranya Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dalam syarahannya The Dialogue of Civilizations and the Need for a World Ethic" –yang disampaikannya di Oxford Centre for Islamic Studies, Sheldonian Theatre, Oxford, England, pada 29 Jun 1999.
No one doubts that in the past there were distinct human "civilizations", in the plural. They rose and fell; they blossomed and they declined. One of the first writers to perceive this was the great Islamic historian and philosopher Ibn Khaldun.
6. Muqaddimah. Karya Apa ?
Dalam Muqaddimah juga,Ibn Khaldun mengambil ruang yang banyak untuk membahaskan perbagai aspek yang melibatkan kuasa, politik, Pentadbiran Kota dan kenegaraan. Di bawah mauduk Dinasti, Raja, Khalifah, Pangkat dan Pemerintahan, beliau menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang proses jatuh bangunnya sesebuah kuasa politik. Banyak yang patut dijadikan tauladan, pedoman dan pengajaran. Antaranya beliau mengingatkan bahawa ketidak-adilan, boros, pembaziran dan bermewah-mewahan akan membawa kehancuran kepada peradaban.
Selain itu yang menarik perhatian saya ialah perbahasan Ibn Khaldun tentang pendidikan kanak-kanak (ta’lim al-wildan) (elementary education). Dalam Muqaddima beliau mengambil ruang yang agak panjang membincangkan perihal pendidikan kanak-kanak ini. Sebagai seorang yang dikenali sebagai ahli teori peradaban serta pengkritik sosial yang tajam saya melihat Ibn Khaldun di sini cuba menghantar mesej yang jelas kepada pembaca khususnya umat Islam kini bahawa peradaban adalah sesuatu yang perlu ditanam, dibaja dan disiram dan disuburkan. Yang akan menentukan wajah dan citra peradaban itu adalah manusianya. Maka itu manusia perlu dibentuk adabnya dan ianya harus bermula dari peringkat yang paling awal. Generasi beradab hanya akan dapat dilahirkan dengan asuhan nilai-nilai yang mulia. Dalam hal ini beliau mengingatkan betapa perlunya menjadikan al-Quran sebagai asas landasan bagi pendidikan kanak-kanak. Ini kerana al-Quran mesti dijadikan sumber dan asas kepada pembinaan malakah (habit) yang akan diperolehi oleh anak tersebut apabila ia membesar. Dalam membahaskan persoalan ini beliau mengambil contoh, mengulas dan kadangkala mengkritik sistem dan amalan pendidikan yang terdapat dibeberapa negeri yang beliau lawati seperti Maghribi, Andalusia dan Ifriqiyya.
7.Kaum Tani
Satu hal yang sangat menarik, Ibn Khaldun mengatakan bahwa petani adalah kelompok yang senantiasa menjadi korban kebijakan penguasa yang zalim dari masa ke masa. Posisi tawar petani selalu berada dalam keadaan yang lemah sehingga petani adalah kelompok yang selalu membutuhkan perlindungan. Kemudian selanjutnya, Ibn Khaldun menyarankan agar petani jangan terlalu bergantung pada hasil pertaniannya tanpa melakukan diversifikasi produk. Ketergantungan yang terlalu tinggi terhadap satu produk tanpa melakukan upaya diversifikasi hanya akan semakin melemahkan posisi petani. Faktor penting lainnya yang mendapat sorotannya adalah biaya produksi pertanian.
Ibn Khaldun menganalisis bahwa salah satu penyebab berbedanya daya saing produk pertanian antara kaum Muslimin dan umat kristiani di Andalusia adalah disebabkan oleh perbedaan biaya produksi. Muslim pada saat itu bercocok tanam di daerah pegunungan yang kurang subur sehingga untuk mengolah lahan yang ada diperlukan biaya yang tinggi. Akibatnya, harga jual produk mereka menjadi mahal. Berbeda dengan orang Kristen yang rata-rata mendiami dataran yang lebih rendah dan lebih subur. Mereka mampu berproduksi dengan biaya yang rendah. Akibatnya produk mereka lebih laku di pasaran.
Disusun dari Bahan Bacaan : 1. Ibn Khadun , (2006), Mukadimah Ibn Khadun (trj), Jakarta: Pustaka Firdaus 2. Prof Madya Dr Zaid bin Ahmad : Mesej Ibn Khadun Dalam Konteks Masyarakat Umat Islam Kini 3.Prof Dr. KH. Didin Hafidhuddin, MSc. Pertanian Dengan Prinsip Syariah
Di Sediakan : -
www.pondokbukukita.blogspot.com
- Sekian -
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment