Monday, April 13, 2009

Pembunuhan, Kezaliman, Pemerkosaan Terhadap Muslim Di Selatan Thailand







Berikut adalah laporan awal berdasarkan berdasarkan tinjauan dan carian maklumat berdasarkan kes-kes kezaliman, yang dapat kami rakamkan di Patani, Yala dan Narathiwat bertarikh ( 7 April – 11 April 2009 ). Insyaallah dalam masa yang terdekat saudara Amir dan saya akan menyiapkan dokumen lengkap mengenai temuramah, dan lawatan keluarga mangsa yang dapat kami lakukan. Sebarang cadangan dan bantuan untuk membantu Muslim di Selatan Thailand amat dialu-alukan.

Catatan Awal : Kes-Kes Pembunuhan, Kezaliman, Pemerkosaan Yang Berlaku di Selatan Thailand

Burung hijau berterbangan,
Sungai arak mengalir tenang,
Bidadari tersenyum,
Yaqut dan Marjan bergemelapan,
Kasturi harum semerbak,
Pintu Syurga di Patani Darus Salam.

Dato, Patani Darus Salam
11 April 2009


Kes 1 : Abdul Aziz Kongstian merupakan seorang lelaki cacat berusia 28 tahun turut mengalami nasib malang di Selatan Thailand. Beliau yang kudung tangannya telah ditembak dengan kejam oleh tentera di kampong halamannya. Tragedi ini bermula apabila sekumpulan tentera telah menggempur Sekolah Tadika Islam di Masjid Nurul Takwa yang sedang menjalankan acara sukan tahunannya. Tujuan tentera menggempur acara tersebut untuk menangkap seorang guru lelaki yang mengajar tadika tersebut, kerana dituduh sebagai pengganas. Ketika suasana yang kacau bilau yang berlaku dan semua orang melarikan diri, ketika itu terdengar tembakan yang meakutkan seluruh penduduk kampong. Selepas kejadian tersebut didapati seorang pemuda cacat yang bernama Abdul Aziz yang bersembunyi di belakang masjid berlumuran darah dan kaku tidak bernyawa.

Pihak tentera kemudian mengeluarkan kenyataan yang Abdul Aziz yang ditembak oleh mereka bagi tujuan mereka mempertahankan diri. Ini kerana Abdul Aziz yang cacat tangannya dituduh menghalakan senapang ke arah tentera dalam jarak 5 meter. Bagi mempertahankan diri Abdul Aziz telah ditembak dalam jarak 5 meter.

Kes 2: Imam Jaafar yang berusia 56 tahun telah ditahan oleh tentera di Kem 36. Beliau telah didera dan dipukul dengan teruk di dalam tahanan tentera. Keadaan ini telah menyebabkan beliau patah tulang rusuk dan meninggal di dalam tahanan. Beliau telah dituduh sebagai pengganas yang membuat kekacauan di Selatan Thailand.

Kes 3 : Norhayati seorang wanita Muslim berusia 21 tahun telah dirogol dirumahnya oleh 4 orang yang dipercayai tentera. Dia telah dirogol sehingga mati. Adiknya telah melihat kejadian tersebut dengan mata kepalanya sendiri. Ayah dan saudara lelakinya telah ditembak hingga mati.

Bedah siasat yang dilakukan oleh pihak kerajaan telah melaporkan yang beliau tidak dirogol. Dan sekadar melaporkan kematian luar biasa.

Peristiwa ini adalah sebahagian dari 14 peristiwa yang sempat didengari dengan mata dan telinga sendiri dari mangsa-mangsa yang dizalimi di Selatan Thailand. Dan 14 peristiwa ini merupakan sebahagian kecil dari ribuan peristiwa yang berlaku secara tragis di Selatan Thailand. Imam ditembak ketika keluar masuk masjid, sebuah keluarga termasuk bayi ditembak mati, remaja ditembak mati dan banyak lagi peristiwa pembunuhan demi pembunuhan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Mereka dibunuh atas pelbagai tuduhan dan fitnah yang tidak masuk akal yang dilontarkan ke arah mereka. Dalam masa yang sama instutusi pendidikan seperti pondok juga mengalami tekanan dan ada yang dipaksa tutup oleh pihak kerajaan. Manakala Masjid juga mengalami tekanan yang sangat berat apabila pemimpin masjid ditangkap dan didera.

Dari tahun Januari 2547- Oktober 2551 / Januari 2005- Oktober 2008 terdapat 3014 menjadi anak yatim dan 1605 menjadi ibu tunggal. Manakala dalam tempoh 5 tahun tersebut seramai 2950 meninggal dunia akibat konflik yang berlaku.

Dalam tahanan ada yang didera dengan sangat zalim seperti binatang. Kes penderitaan yang menimpa Sdr. Rahayu, sahabat Imam Jaafar yang mati di dalam tahanan di kem tahanan sangat mengerikan. Sdr. Rahayu didera dengan sangat teruk. Jarum dicucuk dari bawah kuku menembusi ruas-ruas jari. Jarum sepanjang seinci itu juga dicucuk dibawah kelopak mata. Dan jarum dengan saiz yang sama dicucuk menembusi kemaluan.

Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada mereka dan kita untuk sama-sama berjuang. Insyaallah laporan lengkap akan menyusul.

- SEKIAN -

2 comments:

  1. salam..

    masha Allah...benar ka ini yg berlaku..huhu...

    zalim nye kerajaan thai..mcm tuh skali islam di perlaku..

    ReplyDelete
  2. Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...

    ReplyDelete