Thursday, April 2, 2009

Seorang Bidan Tua.



Seorang Bidan Tua.

Seorang bidan tua sedang menadah tangannya yang kecil,
Jika dibandingkan dengan rahmat Allah yang luas,
Agar umurnya yang tersisa memberi manafaat kepada ummat,
Memikul amanah hidup yang telah termeterai,

Seorang bidan tua sedang merawat seorang pesakit,
Tidak pernah meletak harga setiap bakti yang disemai,
Tidak pernah membataskan masa perkhidmatan yang diberi,
Tidak pernah mengimpikan sebuah kehidupan yang mewah,

Seorang bidan tua sedang merenyah ubat,
Bersama seikat ramuan nyata,
Keikhlasan, ketakwaan, tanggungawab, kejujuran, doa dan harapan.

M.S. Anuar Mahmod
Kg. Raban, Lenggong, Perak –November 2006
( Dimuatkan dalam buku 'Suara-Suara Terpendam' )


- Sekian -

No comments:

Post a Comment