Gambar terbaru Yala yang membuat aku terkesima. Lebih teruk dari keadaan terbalik di Kuala Mu. Terbayang wajah teman-teman yang terbalik di dalam Yala. Alhamdulillah kalian selamat.Balar akan menjadi saksi kehadiran kalian disana. Moga Allah terus memperkukahkan hati mereka dan hati kita untuk terus berdakwah.
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" [at-Taubah,9:16]
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu" [Surah Muhammad, 47: 31].Yala Terbalik Sekali Lagi !!
- Yala Kemalangan Sekali Lagi !!! -
Semalam berderu-deru SMS masuk.
‘Jundu dan Ustaz Wahab kemalangan. Yala terbalik’!!!
Lantas aku terus mendail nombor Jundullah.
‘Assalammuaallaikum’. Dengan segera Jundullah memberi salam, selepas mengangkat telefon
‘Waalaikumussalam. Macamana Jundullah ? Soalan pertama yang terpacul dari mulut aku.
‘Kami belum layak untuk Syahid. Alhamdulillah semua selamat’.
Jawapan yang membuat aku tersenyum. Pasti selepas ini mereka tidak akan menyerah juga. Setelah kesekelian kalinya 4X4 Yala terbalik. 4X4 Kesihatan terbalik. Dan tragedi-tragedi yang menggentarkan hati. Pastinya kalimah Tayyibah akan mereka tegakkan walau apapun mehnah dan tribulasi yang telah tercatat dan bakal tercatat. Pastinya usaha mereka membawa orang asli meniti perjalanan panjang dari kegelapan kepada cahaya tidak akan terhenti. Moga Allah perkukuhkan hati-hati kita juga.
Agar kalimah. ‘ La 'ilaha 'illah Allah Muhammadan abduhu wa rasulu’. Akan terus bergema di setiap perkampungan orang asli dan setiap pelusuk dunia.
Moga Allah perteguhkan hati semua untuk meneruskan perjuangan. Walau diruang mana dan juzu’ manapun perjuangan yang sedang dilalui.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)
Setiap Sumbangan Kepada Da’wah Masyarakat Orang Asli boleh di beri kepada Pertubuhan Kebajikan Ummah,Wilayah Utara Malaysia(www.ummahaid.blogspot.com). Menerusi Akaun di bawah.
UMMAH AID
07060000026103
( Akauan CIMB USM)
-Sekian-
* gambar http://lydecker86.wordpress.com/
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
Terasa sejuk hati bila membaca terjemahan Quran, janji Allah itu..Semoga kita sentiasa berada diatas jalan Allah, dan ditetapkan niat..Ameen..
ReplyDeleteSalam ukhuwwah dari saya..
Allah akan entiasa membantu org2 yang berjuang diatas jalanNya...
ReplyDeleteterukan perjuangan...
Allahuakbar!!