Monday, May 4, 2009

Jom Jadi Pengkarya Muda Muslim.





Jom Jadi Pengkarya Muda Muslim.

Menjadi pengkarya melalui penulisan tidak susah. Insyaallah jika anda boleh bercerita tentang apa yang anda lakukan semalam, maka kita tentu boleh menulis. Rakamkan cerita anda dalam bentuk tulisan, semudah itu.

Kami sedang berusaha untuk mencari penulis muda muslim yang sanggup memerah keringat, menulis, sedia untuk belajar dan berubah menjadi lebih baik demi memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Kami menerima sebarang bentuk karya penulisan sama ada:

• Cerita kanak-kanak
• Cerpen
• Novel
• Novel pendek (novelet)
• Kritik sosial dan alam sekitar
• Makalah
• Apa-apa sahaja yang sesuai

Hantarkan deraf karya, karya yang separuh siap atau yang telah siap kepada kami dan kami akan membantu anda dari segi:

• Membuat penilaian
• Menyunting penulisan
• Membantu penerbitan
• Memberikan latihan penulisan susulan

Alamatkan penulisan anda kepada :

ms.anuar@gmail.com dan zirkon82@yahoo.com

Ingat! Penulis yang baik ialah seorang pembaca yang baik, bijak menilai dan tajam dalam menganalisis. Kami menunggu kiriman anda.

www.pondokbukukita.blogspot.com

- SEKIAN _

6 comments:

  1. Salam.
    Peluang menulis untuk memberi manafaat kepada masyarakat dan kalau Allah izin mungkin ada pintu rezeki dekat situ. TQ.

    ReplyDelete
  2. salam.
    terima kasih.
    saya berminat.
    tetapi nak tahu undar publisher mana?

    ReplyDelete
  3. Salam. Kami tidak terikat dengan mana-mana penerbit. Kami cuma ingin membantu pengkarya muslim yang ingin menebitkan karya. Sehingga kini kami telah menerima pelawaan dari Pustaka Yamien, untuk membantu mencari penulis-penulis baru.

    "Menulis Kerana Allah"

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. macam berminat...
    ada tarikh tutp? atau ia terbuka pada bila2 masa sahaja?
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Insyaallah.. Boleh bila2 masa untuk hantar. Semua orang boleh menulis.

    Setakat ini kami dah terima 1 novel, 1 Novel pendek (novelet) dan Cerpen.

    " Berkarya Kerana Allah "

    - Menanti Karya Anda -

    ReplyDelete