Tarikh 31 May. Merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Dan tahun ini amat bermakna bagi Malaysia, apabila syarikat tembakau terpaksa mengimplimentasi ‘ AMARAN BERGAMBAR’ pada kotak rokok. Maka pengguna telah dibekalkan maklumat secukupnya tentang kesan merokok yang amat memudaratkan.
Malah pengguna kini sudah didedahkan bagaimana dengan menghisap rokok para imperalis ingin menjajah dan merosakkan anak-anak muda kita. Kaedah ini dilakukan seperti British ingin menjajah China. Mereka menggunakan Candu sebagai senjata merosakkan pemimpin dan masyarakat China ketika itu.
Malah beberapa negeri termasuk Selangor telah mengeluarkan Fatwa tentang Pengharaman Rokok. Hal ini berdasarkan Wahyu Ilahi.
“....Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk...”. (Al-A'raf: 157)
"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" ( Surah An-Nisa' : 29 )
Juga amaran yang ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w :
"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam.” (Abu Hurairah r.a.)
Saban hari juga kita diberitahu keuntungan syarikat rokok turut digunakan untuk membunuh anak-anak kecil, wanita-wanita dan para pejuang di bumi Palestin.
Namun jika dengan segala maklumat yang ada pada hari ini. Jika masih memilih untuk merokok. Maka benarlah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. “ ....mereka yang merokok lebih bodoh dari lembu”.
- sekian.. -
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment