SONGKHLA 29 Mei - Hampir lima tahun selepas insiden Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam dan dilihat sebagai satu daripada pencetus konflik di Selatan Thai, sebuah mahkamah Thai hari ini memutuskan bahawa tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan.
Panel dua anggota dalam inkues post-mortem membuat kesimpulan bahawa pegawai tentera dan polis bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.
Hakim Yingyut Tanor-Rachin, yang bersidang bersama Hakim Jutarath Santisevee, berkata para pegawai hanya menjalankan tugas mereka dan mempunyai alasan kukuh bagi mengangkut lebih 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan dari Tak Bai di sempadan Thai-Malaysia ke Kem Tentera Ingkayuthaborihaan di Pattani pada 25 Oktober, 2004.
-Sumber Bernama -
Babi, Bangsat, Sial, Laknat, Celaka !!!!!.
Keputusan yang memang sudah diduga dan amat-amat menyedihkan bagi umat Islam khasnya dan masyarakat keseluruhan amnya. Namun jiran-jiran di Negara sekeliling termasuk Malaysia nampaknya sekadar mendiamkan diri.
Sejarah telah menjadi saksi bagaimana umat terdahulu yang mempunyai solidariti yang sangat tinggi. Lihat sahaja Patani pada tahun 1831-32 penjajah siam telah mengarahkan 300 ribu tentera untuk berperang dengan Patani dan ketika itu kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut trang-kedah. Hal ini berlaku kerana solidariti kerajaan melayu Kedah, Kelantan dan Terengganu membantu menyerang mengikut jalan laut.
Jelas solidariti di antara Kerajaan sekitar yang menghalang penjajahan ini, telah member tentangan yang kuat dan menggerunkan penjajah- penjajah. Sebagaimana panduan yang ternukil di dalam Al Quran.
"Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu ( Musa ) dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang". ( Al Qasas : 35 )
Tapi kini hampeh....Kita lebih rela melihat saudara-saudara kita di sana dibunuh dan disembelih. Bagi kita yang lebih penting kita cukup makan dan pakai. Kita tidak pedulikan saudara-saudara kita di sana. Rakyat dan Negara berjiran seperti kita telah bersekongkol untuk menutup mata dan memekakkan telinga dari melihat dan mendengar penderitaan yang sedang menimpa jiran-jiran kita di Patani Darussalam.
- sekian -
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
Salam, lepas baca surat kaba pasal berita ni, terus terfikir nak baca blog ni n nak dgr feedback dr abg anuar.
ReplyDeletemanusia yg berhati mati je yg x terasa marah n geram dgn keputusan mahkamah ni...igtkan hakim yg arif, rupanya yg buta dan tuli. org x pandai sgt (ie bukan hakim) mcm saya ni pun tau, apa yg pihak tentera buat tu adalah 1 kekejaman yg nyata. boleh mahkamah lepas mcm tu saja.
ramai yg mati dlm keadaan bertindih2 dlm trak, dan boleh dikira mati dlm tahanan, tp, ntahnya dunia semakin buta gamaknya..
eihh..nak tgk jauh2 pun, banyak lagi kes macam ni dlm negara kita yg belum selesai. nak dengar juga apa kata mahkamah malaysia, esp pasal isu memali yg dah lama bertangguh...
pandang kiri, kanan...
agaknya nak jadi pemimpin, kena sudi jadi pembunuh juga agaknya..(pemimpin dunia sajalah: mulia di dunia, hina di sana..)
Salam..Banyak sangat kes pembunuhan besar-besaran. Seperti yang disebut di Malaysia pun berlaku..Masanya kita untuk bersatu hati membantu penindasan dan kekejaman sesama manusia..
ReplyDelete