Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.
"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata.
KOMEN PONDOKBUKUKITA
1. Bengong betul Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sorang nie. Cubalah profesional sikit. Sukahati cikgu-cikgu tuelah nak undi apa. Kalau depa rasa Umno Haprak dan nak undi PAS, biarkan. Kalau depa rasa PAS Haprak dan nak undi Umno, biarkan. Kalau depa rasa dua-dua haprak dan nak jadi ‘golongan putih’ yang tidak mengundi atau merosakkan undi, biarkan.
2. Janganlah bercakap atas jawatan awak dalam kerajaan dan mengarahkan pegawai Kerajaan patuh dan taat kepada perintah awak. Sedangkan ianya bertentangan dengan hak peribadi.
3. Jangan bongsaikan pemikiran rakyat.
4. Ingatlah apa yang dinyatakan Voltaire "Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya "
- sekian -
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
cam gitulah org politik. semua perkara mahu dipolotikkan di dunia ni..
ReplyDeletetapi buat cikgu2 diseluruh malaysia, betulkanlah niat mu untuk mendidik anak bangsa agar menjadilah "seseorang" kepada ALLAH, RASULULLAH, IBU BAPA dan MASYARAKAT.
"sesungguhnya engkau adalah sebaik ummah yang ALLAH ciptakan"