AYUH ORANG MUDA !! KITA BERJUANG DENGAN IZZAH.
Rasa terhenti nafas ini seketika. Tubuh ini menggigil menahan satu perasaan yang sukar diungkap. Alam ini berpusing-pusing dan angin berpintal-pintal menyakitkan kepala. Peluh mengalir laju membasahi tubuh. Sambil mata ini tepat memandang baris-baris.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka) ". Surah at-Taubah, ayat 24
Ya Allah... Jelas tatkala dunia mula berputar dalam keadaan yang songsang. Krisis sosial menjadi norma hidup berkeluarga. Terpesongnya adab manusia. Alam yang musnah. Politik yang murah. Pusat pendidikan berubah menjadi medan menternak. Kaum tani dan warga desa yang tertindas. Manusia memandang sesuatu dengan pandangan sisi yang serong. Isu kezaliman antarabangsa yang tiada titik hentinya.Kebinatangan diangkat mengganti akhlak.
Namun disuatu sudut kesedaran manusia untuk menangani kecurangan ini tidak timbul. Sebaliknya kecintaan manusia terhadap kemewahan dan dunia semakin membuak-buak. Nafsu buas manusia semakin menebal. Malah terlalu sedikit manusia memikirkan krisis yang sedang membanjiri dunia hari ini.
Justeru kita, terutamanya orang muda perlu kembali ke akar. Yakni kembali kepada tuhannya dengan segala ketaatan *1 . Agar manusia memahami fungsi kejadiannya sebagai hamba dan khalifah. Hamba yang tunduk sujud dan patuh segala perintah penciptanya. Khalifah yang bukan penguasa/pemilik sebaliknya pemegang amanah di atas muka bumi ini.
Kita mengimpikan orang muda ditanam dengan nilai Al Izzah ( rasa mulia diri ). Rasa mulia diri bukan bererti sombong. Mulia diri menyebabkan rasa yakin yang tinggi untuk membawa panji kebenaran dan keadilan tanpa ada sebarang kompromi diantaranya. Hal ini memerlukan ilmu dan maklumat yang dirangsang oleh keperluan beramal.
Kita juga merasakan pembentukan taadib ( adab ) di kalangan generasi muda perlu disegerakan. Orang muda seperti kita semua perlu didik untuk mengambil pengajaran dari Sirah dan bukan sekadar mengutip fakta dan tarikh. Kita perlu perlu diasuh memahami realiti masyarakat sebagai medan beramal. Segala-galanya pasti menuntut kita manusia kembali kepada tuhannya dengan segala ketaatan.
Disinilah kita melihat kepentingan melahirkan orang muda yang sabar. Namun sabar itu bukan pasif tapi aktif. Sabar itu bukan duduk tapi berdiri. Sabar itu bukan memperlahankan suara, tapi menengking kepada penzalim. Sabar itu mata pedang dan pena yang tajam.
Kita mahu melahirkan orang muda yang membaca dengan nama tuhannya *2. Manusia yang melihat segala permasalahan sosial, kepincangan dan penindasan hanya mungkin diselesaikan dengan pendekatan rabbani *3. Manusia melihat soal krisis pertanian serta pemakanan hanya mungkin diselesaikan dengan kembali kepada tuntutan dan peringatan yang digariskan oleh agama. Melihat hak petani perlu ditentukan oleh garis yang ditentukan agama. Melihat penggunaan racun yang membunuh kesuburan tanah, yang membunuh haiwan seperti ikan di kali dalam sudut pandangan agama.
Kita mempunyai keyakinan yang sangat tinggi bahawa agama telah menggariskan fundamental penyelesaian kepada segala krisis yang berlaku ini. Namun kesombongan dan keangkuhan kita disadur oleh kepentingan peribadi telah membuat kita mengambil keputusan yang acapkali memberi mudarat, kepada masayarakat teramai, alam sekitar dan keseluruhan sistem dan budaya masyarakat. Segala fundamental penyelesaian kepada persoalan-persoalan yang menimbulkan krisis dalam masyarakat seperti krisis sosial dan kepincangan adab manusia telah jelas lagi bersuluh melalui pendekatan syariah. Pendekatan yang memberi kerahmatan kepada alam dan manusia.
"Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam".(Surah al-Anbia' ayat 107)
___________________________________
*1. Asy-Syura ayat 10: Tentang sesuatu apapun yang kamu bertelingkah, maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku bertawakal dan kepada-Nyalah aku kembali.
*2. Al-Alaq, ayat 1-4 - Bacalah dengan (menyebut) nama TUHANmu yang menciptakan. DIA telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan TUHANmu Yang Paling Pemurah. Yang telah mengajar (manusia) dengan kalam.”
*3. Ali Imran : 79 - Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
SEKIAN....

Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment