Sunday, March 8, 2009

Tahniah Pejuang Bahasa.

Tahniah Pejuang Bahasa.

Bahasa bukan sekadar apa yang keluar dari anak tekak semata-mata. Namun bahasa adalah jatidiri sebuah bangsa. Bahasa adalah harga diri sebuah negara. Bahasa adalah pusaka warisan leluhur untuk di matangkan lagi oleh generasi mendatang. Bahasa juga melambangkan keutuhan sesebuah tamadun bangsa.

Dalam satu bahasa terdapat pelbagai konsep ilmu yang tersendiri dan kemahiran-kemahiran yang mengambil masa yang lama untuk diperolehi. Kehilangan satu bahasa bererti kehilangan satu tamadun ilmu. Kematian satu bahasa seperti kematian seorang bidan yang membawa seluruh khazanah ilmu dan kemahiran yang ada pada dirinya.

Proses pembunuhan bahasa ini, bukanlah sesuatu yang berlaku sendiri sebaliknya dirancang dengan rapi. Mereka inginkan penggunaan hanya satu bahasa di dunia ini (‘monolanguage’) dalam dunia pada hari ini. Juga mereka ingin hanya ada satu budaya (‘monocalture’) di dunia ini. Gejala yang berlaku ini jelas menular secara menggila di negara kita sendiri.

Jelas dapat dilihat apa yang berlaku kini adalah orang gila yang memaksa anak bangsa belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris (PPSMI). Ini adalah satu perlambangan, ketidakyakinan manusia-manusia gila ini tentang kuasa bahasa tempatan yang telah terbukti dalam sirah mampu mengangkat tamadun bangsa.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bahasa yang turun melaungkan kemarahan di Masjid Negara dan Istana Negara. Walaupun pejuang-pejuang bahasa ini dilayan seperti anjing kurap oleh aparatus penguasa. Namun komitmen dan keberanian mereka akan tercatat di dalam sirah.

P/S : Untuk bacaan tambahan mengenai isu PPSMI “All the Heat on PPSMI” . Sila layari http://hamimanhamima.blogspot.com/

>>>SEKIAN<<<<

No comments:

Post a Comment