Tuesday, March 3, 2009

Fatimah's Kampung

Alhamdulillah semalam dapat hadir bersama Isteri dan teman-teman, kepelancaran buku Fatimah’s Kampung yang dihasilkan penulis kelahiran England, Iain Buchanan. Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak telah melancarkan karya unik tersebut. Karya tersebut diterbitkan oleh Persatuan Penguna Pulau Pinang.

Mendengar ucapan aluan sifu aku S.M Mohamed Idris mengenai perlunya usaha mempertahankan kampung dan budayanya sesuatu yang sangat mengharukan.

Jelas modenisasi telah menjadi senjata penjajahan dan rampasan tanah yang telah melenyapkan kampung-kampung ini. Dengan termusnahnya sebuah kampong bukan sahaja melenyapkan fizikal rumah-rumah yang tertegak. Namun ia meragut budaya, kehidupan, sejarah dan nilai masyarakat itu sendiri.

Kampung yang digantikan dengan rumah-rumah flet yang sempit, tanpa tanah bercucuk tanam amat-amat menyedihkan. Terdapat juga tanah-tanah kampung yang dirampas ditukar menjadi padang golf untuk golongan elit memukul kayu. Atau ditukar menjadi empangan besar yang sekaligus memusnahkan alam.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang santai dan memaparkan ilustrasi gambar-gambar kampung yang sangat cantik dan menarik. Ia memberi masej yang sangat jelas mengapa kampung perlu dipertahankan.

Tahniah dan sekalung terima kasih kepasa Ian Buchanan yang menghasilkan karya sebegini.

Kepada sesiapa yang mahu membeli buku ini dari pondokbukukita bolehlah email kepada perabotklasik@gmail.com

Harga Buku ini RM 65.00 + kos penghantaran

No comments:

Post a Comment