Perokok lebih hina daripada lembu - Tuan Guru Nik Aziz
KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

PONDOKBUKUKITA : "Hebat betul Tok Guru sorang nie. Meletakkan kepentingan pembangunan moral dan peribadi rakyat melebihi segala-galanya. Kenyataan yang dibuat Tok Guru Nik Aziz ini bukanlah kenyataan yang popular, malah mengundang musuh dari dalam dan luar. Malah kenyataan yang tak menambah undi pun. Mengurangkan undi mungkin.
Tapi beliau jujur dengan ilmu dan amanah yang diberi. Malah amanah ilmu yang dipikul beliau lebih penting dari kepentingan parti. Kesihatan rakyat dan kesejahteraan rakyat ialah perkara utama yang beliau letakkan.
Jelas keadaan ini diperingatkan Allah SWT. di dalam Surah al-Baqarah, ayat 195: ‘Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’.
Keberanian beliau melafazkan kebenaran, sesuatu yang perlu dicontohi. Lantang, Tepat, Bernas, Jujur dan Amanah . Amacam orang PAS, Orang Umno dan Rakyat Malaysia ada berani berhenti rokok ? Jangan jadi lembu !!
-SEKIAN-
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
Jangan Jadi Lembu !!!
ReplyDeletetula..
ReplyDeletesibuk kononnya nk tegakkn kalimah Allah tp sblh tgn ada puntung rokok...
patutla tak tegak2 kalimah Allah...
(muhasabah utk kita smua)