Ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Kahwin dan berketurunan adalah fitrah setiap manusia. Apabila sudah sampai masanya perlu disegerakan, bagaimana disegerakan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari dan muncul mega merah. Perkahwinan juga membolehkan kita menambah bala tentera yakni pejuang-pejuang yang akan turut menyumbang di dalam membawa kalimah tayyibah dan aspirasi perjuangan yang diwarisi oleh pejuang-pejuang silam.
Langkah pertama berkeluarga ialah memilih pasangan yang sanggup berkongsi susah senang dalam mengharungi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Pasangan yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat dalam hidup. Pasangan yang melihat perkahwinan sebagai ibadah yang memungkinkan lahirnya pewaris generasi yang dapat turut menyumbang menegakkan keadilan dan kebenaran.
Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar Al Khattab menyediakan Umar Ibni Aziz. Sebuah cerita cinta yang lahir dari matlamat sebenar mempunyai pasangan dan berketurunan.
Khalifah Umar yang memang terkenal berjalan malam. Ketika sedang berehat berhampiran sebuah rumah beliau terdengar perbualan seorang ibu dan anak gadisnya.
“Anakku, ambillah susu yang hendak kita jual itu dan campurkan dengan air,” kata wanita itu.
“Ibu, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara seperti itu,” ujar anak wanita itu.
“Tidak mengapa. Penjual-penjual susu yang lain juga mencampurkan susu mereka dengan air. Pelanggan-pelanggan tidak akan mengetahui apa yang kita lakukan,” ujar ibunya.
“Ibu, perbuatan ini tidak baik. Bukankah Amirul Mukminin telah melarang orang-orang Islam untuk mencampurkan susu dengan air kerana perbuatan itu satu penipuan?”
“Apakah engkau kira Amirul Mukminin melihatmu sekarang?” Balas ibunya.
“Ibu, walaupun Amirul Mukminin tidak melihat tetapi Allah melihat apa saja yang kita lakukan.” Suatu jawapan yang paling tepat menyebabkan ibunya terdiam dan Khalifah Umar terkesima.
Lantas esok beliau menawarkan anaknya untuk mengahwini gadis yang tidak dilihat pun paras rupanya. Seorang gadis kampong penjual susu. Akhirnya gadis ini dikahwini Puteranya yang bernama Ashim. Maka dari jurai keterunan mereka lahir Umar bin Abdul Aziz yang merupakan salah seorang khalifah Islam yang mahsyur kerana keadilan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.
Di sinilah matlamat perkahwinan yang digariskan secara jelas. Mengharapkan keredhaan Allah, memilih pasangan yang baik dan bertujuan menyediakan pejuang-pejuang yang mambawa misi menegakkan keadilan dan menjunjung kebenaran.
Sehingga dikhabarkan sewaktu zaman pemerintahan Umar Ibni Aziz tidak ada penduduk yang layak menerima zakat dan serigala tidak lagi memakan kambing. Satu perlambangan keharmonian pemerintahan yang di laksanakan oleh Umar Ibni Aziz. Seorang pemimpin yang lahir dari sebuah keluarga yang mementingkan tarbiyyah keluarga dan pembentukan peribadi anak-anak mereka.
Jelas, sesibuk manapun kita setelah berkeluarga namun keluarga dan pastinya anak-anak juga adalah da’wah kita yang terdekat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kerana mana mungkin perjuangan, idealisme dan kekentalan hati menyusuri denai kehidupan pejuang itu mampu diwarisi.
Hal ini jelas diperingatkan Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 124 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim di uji TuhanNya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia.” Ibrahim berkata:“(Dan saya pohon juga) dari keturunanku.” Allah berfirman: “Janjiku(ini) tidak mengenai orang yang zalim.”
Lihat sahaja Nabi Noh yang anaknya tidak mahu turut serta membawa kalimah kebenaran. Malah dalam dekad ini, jelas situasi terpapar dalam filem Gandhi My father. Sebuah filem yang perlu ditonton oleh semua orang yang ingin menyerahkan diri untuk terlibat dalam perjuangan.
Tatkala aku menonton filem ini, suatu beban yang berat terpikul dalam menghabiskan menonton cerita ini. Kalau sebelum ini jelas susuk yang terpapar mengenai Gandhi adalah kekentalan dan kecekalan perjuangan yang dibawanya. Bagaimana dia mengisi banyak jiwa tentang perjuangan dan kemerdekaan. Beliau melahirkan banyak pejuang-pejuang yang sanggup mati memerdekan negara. Beliau memberi makna tentang hidup sederhana dan penghormatan.
Namun suatu sisi yang tidak kita ketahui beliau gagal mendidik anak sulungnya yang tersayang Harilal Gandhi untuk mewarisi perjuangan dan berkongsi matlamat hidup yang sama. Anaknya gagal dalam membina keluarga yang baik, berhutang, menipu orang, dipergunakan orang lain dan kaki minum arak. Sesuatu yang berlawanan dengan apa yang dibawa oleh Gandi.
Berkaca-kaca mata ini, tatkala melihat cerita kegagalan seorang ayah mendidik seorang anaknya yang sangat disayangnya. Terlalu banyak ibroh yang dikutip selepas menonton cerita ini. Sangat menyedihkan apabila Harilal Gandhi mati akibat ketagihan arak dan hilang arah dalam hidup. Jelas apa yang tergambar dalam filem ini amat menyayat hati.
Malah manusia yang gagal untuk mendidik anaknya itu, adalah manusia yang telah berkorban hidupnya untuk membawa panji keadilan serta menumpaskan penindasan dan kasta sesama manusia. Manusia yang dianggap sebagai insan contoh dalam kehidupan bersederhana, dan kekentalan menghalau kuasa sial British di India ketika itu. Namun manusia ini telah gagal mendidik anaknya yang tersayang, Harilal Gandhi. Segalanya dapat dirumuskan.
To the people he was their Father. To me... he was a Father I never had.
Suatu ibroh yang jelas tentang keperluan penumpuan untuk pendidikan dan pembantukan anak-anak perlu dilakukan walau sesibuk mana sekalipun kita. Sekiranya sudah berkeluarga, maka suatu cabaran buat kita memastikan mahabbah dan tarbiyyah keluarga tidak terabai dan perjuangan dilakukan sedapat mungkin. Tatkala kita menegakkan keadilan, maka tidakkah boleh kita turut memberi keadilan kepada keluarga. Tatkala kita menolak diskriminasi, maka mana mungkin boleh kita lakukan diskriminasi kepada keluarga kita.
Keluarga sewajarnya menjadi pendorong dan pendokong perjuangan kebenaran dan keadilan yang ingin di bawa. Keluarga sewajarnya menjadi tiang-tiang seri yang membantu perjuangan ini. Keluarga termasuk anak-anak perlu difahamkan tentang istilah perjuangan, islah, istiqamah, inqilab zindabad, tajdid dan mujahadah. Perlu ada masa untuk penumpuan pembangunan keluarga dilakukan sebaik mungkin.
Namun keutamaan kepada keluarga bukan bermakna kita boleh bersenang-lenang di rumah. Bukan bermakna kecintaan kita kepada anak dan pasangan hingga mengabaikan kehidupan kita sebagai pejuang.
Bukankah kita telah membuat kesimpulan hidup, untuk berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan? Bukankah kita sudah berjanji untuk tidak terpesona dengan kemewahan dan kecintaan kita kepada dunia? Bukankah kita telah berjanji untuk tidak mengabaikan perjuangan ini?.
Justeru jangan memberi alasan memberi tumpuan kepada keluarga dan mencari nafkah yang tidak berkesudahan. Untuk kita menyisihkan perjuangan. Malah menjustifikasikan kerja buat sambil lewa kita dalam gerakan membawa kebenaran dan keadilan ini.
Hal ini telah diperingatkan Allah.
"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta-harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu takutkan kerugiannya, serta rumah-rumah kediaman yang kamu sukai lebih kamu cintai dari pada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan sesungguhnya Allah itu tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik." ~at-Taubah:24~
Jelas walaupun ingatan yang keras dari pada Allah terhadap orang yang lebih mementingkan keduniaan dan kenikmatan bersama keluarga sehingga mengabaikan perjuangan. Namun terdapat banyak peringatan Allah di dalam Al Quran juga meminta untuk kita memelihara keluarga dari api neraka, berlaku adil kepada mereka, memberi pakaian serta makanan yang baik dan tidak menyakiti hati mereka.
Justeru perlu ada kekuatan mengatur dan mengurus setiap detik masa yang meninggalkan kita, yang sedang berjalan dan yang akan datang. Agar segala tuntutan mampu dipenuhi oleh kita.
- SEKIAN -
Ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Kahwin dan berketurunan adalah fitrah setiap manusia. Apabila sudah sampai masanya perlu disegerakan, bagaimana disegerakan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari dan muncul mega merah. Perkahwinan juga membolehkan kita menambah bala tentera yakni pejuang-pejuang yang akan turut menyumbang di dalam membawa kalimah tayyibah dan aspirasi perjuangan yang diwarisi oleh pejuang-pejuang silam.
Langkah pertama berkeluarga ialah memilih pasangan yang sanggup berkongsi susah senang dalam mengharungi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Pasangan yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat dalam hidup. Pasangan yang melihat perkahwinan sebagai ibadah yang memungkinkan lahirnya pewaris generasi yang dapat turut menyumbang menegakkan keadilan dan kebenaran.
Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar Al Khattab menyediakan Umar Ibni Aziz. Sebuah cerita cinta yang lahir dari matlamat sebenar mempunyai pasangan dan berketurunan.
Khalifah Umar yang memang terkenal berjalan malam. Ketika sedang berehat berhampiran sebuah rumah beliau terdengar perbualan seorang ibu dan anak gadisnya.
Sila Klik Di Bawah Untuk Baca Seterusnya >>>
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment