Friday, March 6, 2009

Salam Perjuangan !!



Salam Perjuangan !!

Salam perjuangan kepada teman-teman dan adik-adik yang sekali lagi menyabung nyawa ke Pos Orang Asli Kuala Mu.  Allah pasti bersama kalian atas usaha baik kalian ingin membawa kalimah Tayyibah dalam kalangan hati-hati orang asli yang jauh di pedalaman itu.  Usaha kalian membawa mereka daripada kegelapan kepada cahaya memang amat-amat dituntut.

Jalan lecah, lumpur, debu, bukit, gaung, pokok yang tumbang dan binatang buas sesuatu yang semestinya menanti kalian semula.  Land rover terbalik, kecederaan, kehabisan makanan dan land rover yang rosak ditengah jalan adalah perkara yang selalu kalian lalui.  Dan kalian mungkin akan melalui sekali lagi kali ini.

Namun dapat aku rasakan senyum manis, tawa, kemesraan dan lafaz syahadahorang asli, telah cukup mengubat kesusahan, keperitan serta kegetiran dalam liku-liku, bukit dan gaung-gaung yang kalian lalui.

Kesukaran ini pasti mengingatkan kita kepada apa yang dikatakan Maududi.

“ Sekiranya perjuangan yang kau lakukan, tidak punya ujian dan sebarang rintangan dalam usaha engkau meniti perjuangan itu.  Maka silalah berpatah balik dan perbetulkan niatmu.  Kerana tidak mungkin perjuangan tanpa kegetiran perjuangan”.

Ingatanku kepada diriku dan kepada kalian jangan sesekali terfikir untuk meninggalkan jalan da’wah yang telah kalian pilih ini.  Buatlah satu kesimpulan hidup di dada kalian.  Sekiranya tiada lagi orang yang ingin menyampaikan kalimah Tayyibah ini.  Namun kalian tidak akan berhenti melakukannya. 

Ingatlah lafaz yang pernah terbit dari bibir Baginda Rasulullah.

“Demi Allah, hai bapa saudaraku! Jika mereka meletakkan matahari di tangankananku dan bulan di tangan kiriku, dengan maksud agar meninggalkan persoalan ini, saya tidak akan melakukannya, sampai Allah menjelaskannya atau saya hancur dalam melaksanakannya.”

Selamat berjuang !!!

>>> Sekian <<<<



Salam Perjuangan !!

Salam perjuangan kepada teman-teman dan adik-adik yang sekali lagi menyabung nyawa ke Pos Orang Asli Kuala Mu.  Allah pasti bersama kalian atas usaha baik kalian ingin membawa kalimah Tayyibah dalam kalangan hati-hati orang asli yang jauh di pedalaman itu.  Usaha kalian membawa mereka daripada kegelapan kepada cahaya memang amat-amat dituntut.

Jalan lecah, lumpur, debu, bukit, gaung, pokok yang tumbang dan binatang buas sesuatu yang semestinya menanti kalian semula.  Land rover terbalik, kecederaan, kehabisan makanan dan land rover yang rosak ditengah jalan adalah perkara yang selalu kalian lalui.  Dan kalian mungkin akan melalui sekali lagi kali ini.Namun dapat aku rasakan senyum manis, tawa, kemesraan dan lafaz syahadahorang asli, telah cukup mengubat kesusahan, keperitan serta kegetiran dalam liku-liku, bukit dan gaung-gaung yang kalian lalui.

>>>>> Sila Klik Di Bawah Untuk Baca Seterusnya >>>

1 comment: