Inqilab Zindabad !!
Tatkala kapal terbang meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, yang jelas kelihatan bangunan, jalan, dan bandaraya yang bermandi dengan lampu yang bergemerlapan. Sebelum mendarat di lapangan terbang antarabangsa Sepang yang jelas kelihatan adalah bangunan, jalan, dan bandaraya yang bermandi lampu yang bergemerlapan.
Meninggalkan Kuala Lumpur menuju Mumbai mengambil masa sekitar empat jam tiga puluh minit. Sewaktu kapal terbang hendak mendarat di Mumbai. Jelas imej yang tergambar di Penang dan Kuala Lumpur adalah sama dengan imej yang tergambar di Mumbai.
Jelas bangunan tinggi mencakar langit, kereta-kereta yang bersusun, lampu-lampu yang menggila tatkala malam menjelma, dan kesibukan demi kesibukan. Jelas juga apa yang terpapar di Penang, Kuala Lumpur dan Mumbai adalah model pembangunan yang sama.
Sebelum menjejak kaki ke Mumbai yang dianggap gah sebagai kota pelancong dan kemewahan membeli belah. Telah terfikir kesejahteraan dan kemakmuran penduduknya. Namun tatkala menaiki teksi dalam bandar Mumbai sesuatu pengalaman yang mengambarkan kontradiksi dari apa yang difikirkan. Mumbai boleh digambarkan kota selepas bencana.
Kemiskinan yang ketara, pelacuran yang berleluasa, masalah sosial yang tak terduga, malnutrition di kalangan kanak-kanak, manusia-manusia yang kasar, mencuri dan seribu satu gambaran masyarakat selepas bencana dan perang besar. Keadaan masyarakat dan kemelaratan ini sama seperti masyarakat zaman perang yang diceritakan Promoedya Ananta Toer, dalam Novelnya Keluarga Gerilya. Saling tak tumpah !!
Langsung hal ini mengingatkan aku luahan Abuya Hamka yang telah menyatakan sebab dan akibat kepincangan sosial di dalam masyarakat ini. Di dalam bukunya Islam : Revolusi dan Keadilan Sosial.
‘Untuk memperbaiki ini, sefahamlah ahli-ahli bahawa jalannya yang utama dan pertama ialah memperbaiki penghidupan. Pendidikan, kebudayaan, budi pekerti, hanya dapat tumbuh, kalau perut tidak keroncong lagi’.
Lebih menyesakkan dada apabila masyarakat derita ini terletak di dalam sebuah bandar yang dianggap penuh dengan kemewahan dan tumpuan pelancong ini.
Model pembangunan apa sebenarnya yang didokong oleh dunia hari ini ? Kiblat arah mana yang disembah oleh dunia hari ini ? Dunia mana yang sedang ditawaf mereka ? Merupakan satu persoalan yang besar perlu dijawab tatkala melihat model-model dan corak pembangunan yang sedang berjalan di dunia hari ini. Pastinya jawapan yang tepat mereka sedang menyembah model pembangunan kapitalisme.
Model yang memberi ruang kemewahan hidup untuk golongan berduit dan kemelaratan untuk kelompok miskin. Jelas Mumbai adalah fotokopi model dari falsafah pembangunan kapitalisme yang mencapai kegagalan secara total.
Kehebatan pelbagai destinasi yang menarik untuk tarikan pelancong seperti Gateway Of India, Haji Ali Mosque, Gandhi Museum dan pantai yang cantik di Mumbai . Namun nikmat wujudnya pelbagai destinasi menarik ini hanya dirasai oleh kelompok pemodal besar semata-mata.
Masyarakat bawahan diibaratkan tikus yang kelaparan di dalam karung beras. Mereka tidak dapat merasai kemakmuran yang sepatutnya dapat mereka cicipi.
Komersialisme dan kapitalisme ini telah menjadi Raja dalam sebuah kota pelancongan mewah bernama Mumbai. Cita-cita Gandhi untuk menguburkan komersialisme dan ekonomi mewah untuk kelompok pemodal besar bagaikan tinggal cita-cita semata-mata. Harapan untuk membunuh sifat tamak dan hidup secara bersederhana juga sekadar tinggal harapan.
Lebih ramai yang gila mempertahankan capal Gandhi walaupun mengeluarkan duit bernilai Jutaan USD dari mempertahankan dan memperjuangkan nilai-nilai yang ingin dibawa oleh Gandhi.
‘World is enough for everyone needs but not for everyone greeds’.
Jelas,
Mumbai adalah kota derita,
Mumbai adalah kota sengsara,
Tertegak dari air mata dan kemelaratan,
Terbina dari darah dan penderitaan,
Di sebalik gedung-gedung mewah,
Di celah-celah bangunan menongkat langit,
Mayat-mayat hidup terbaring serata jalan,
Kebodohan, penindasan dan kemalasan diri,
Tanpa ilmu juga,
Angkara penyebab miskin, sakit dan kelaparan,
Penutupnya adalah mati ditepi jalan,
Seperti anjing kurap,
Saling tak tumpah.
Ketidakupayaan rakyat itulah kesempatan baik bagi pemodal besar membuat untung demi untung yang sangat besar dan mencari kedudukan. Justeru semangat perjuangan untuk menundukkan kezaliman dan kemiskinan serta kemelaratan yang berleluasa di dalam masyarakat seperti ini perlu dilakukan.
Dengan segera. Sesegera mungkin! Dengan serius. Seserius mungkin! Dengan kesungguhan. Sesungguh mungkin! Dengan tenaga. Sedapat mungkin!
Laungan suara memekik semakin kuat. Tanpa henti-henti. Tanpa jemu-jemu. Tanpa Takut-takut. Wajah Bharat Singh menjelma ‘Inqilab Zindabad !!’
11 April 2009

Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment