KAD LAPORAN PRESTASI KERAJAAN NEGERI KEDAH
Hak Rakyat dan Alam Sekitar
“ KERAJAAN NEGERI KEDAH GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR KEDAH”
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
(Ash Shaff:2-3)
Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah merupakan hasil inisiatif perbincangan oleh Sahabat Alam Malaysia ( SAM), Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (JARING), Rural Citizens serta 11 komuniti masyarakat akar umbi Negeri Kedah Darul Aman.
Pihak kami telah mengeluarkan Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Kedah. Kad laporan ‘Hak Rakyat dan Alam Sekitar’.
Kad Laporan ini cuba menilai prestasi Kerajaan Negeri Kedah, dalam memenuhi janji pilihanraya, memulihara alam sekitar, mempertahankan hak rakyat dan tindakan-tindakan yang dimbil oleh Kerajaan Negeri Kedah.
1. Maklumbalas Awam Oleh Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri dilihat gagal apabila mengenepikan pandangan masyarakat awam. Pihak kami telah menghantar Deklarasi Rakyat Kedah bertarikh (20 May 2008) dan memberi 60 hari untuk berjumpa dan mendapat jawapan bertulis dari MB Kedah. Namun malangnya deklarasi tersebut telah ditepikan, MB Kedah tidak bersedia bertemu dan tiada jawapan bertulis terhadap persoalan yang dibangkitkan.
Setelah desakan dibuat hanya satu pertemuan selepas bersama exco Kedah. Namun tiada sebarang jawapan bertulis dan ironinya pertemuan tersebut sekadar ‘public relations exercise’.Malah tiada sebarang susulan bagi perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut.
Kerajaan Negeri tidak telus dalam memberi maklumbalas dan juga menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat sehingga kini.
2. Memenuhi Janji Pilihanraya dan Menyelesaikan Kes-Kes Kemusnahan Alam Sekitar
Sehingga kini Kerajaan negeri gagal memenuhi janji pilihanraya yang telah dibuat oleh mereka sebelum ini.
Kuari Gunung Jerai masih beroperasi. Kejadian Banjir lumpur 2 kali menimpa penduduk Kg Singkir menyebabkan kerosakan puluhan ribu ringgit penduduk. Malah ianya turut menimpa sekolah dan masjid. Sehingga kini tiada tindakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya ia tinggal hanya sebagai janji politik semata-mata.
Manakala Kuari Bandar Hilir masih tidak diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Selain kualiti hidup penduduk yang semakin merosot, pendapatan penduduk juga merosot. Kejadian banjir turut melanda penduduk setempat. Kerugian penduduk setiap hari semakin meningkat.
3. Mematuhi Prosedur Perundangan Dalam Soal Projek-Projek Yang Memberi Kesan Kepada Masyarakat
Dalam contoh projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), Kerajaan Negeri dilihat telah membuat kenyataan demi kenyataan mengenai projek ini tanpa menunggu proses undang-undang dan mekanisme yang sepatutnya. Kerajaan negeri dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang mendahului proses kelulusan undang-undang seperti kelulusan EIA, Cost Benefit Analysis dan tidak melihat Pelan Struktur .
Sehingga kini Kerajaan Negeri tidak melakukan Cost Benefit Analysis dan melihat Pelan Struktur sebagai panduan dan tidak melakukan konsultasi dengan seluruh masyarakat termasuk para nelayan, para petani, masyarakat kampung dan NGOs.
Terdapat juga kes lain seperti Hutan Simpan Ulu Muda, Kerajaan Negeri dilihat mengenepikan prosuder undang-undang.
4. Keperluan Menggazet Hutan Simpan Tadahan Air dan Memulihara Hutan Ulu Muda
Masih tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah bersedia untuk melakukan pembalakan bagi hutan Ulu Muda.
Nasib petani diabaikan dalam keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah. Malah petani tidak langsung dilibatkan dalam keputusan yang menentukan masa depan mereka.
Kenyataan untuk membalak Hutan Ulu Muda yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dianggap suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dilakukan oleh kerajaan negeri.
5. Polisi Memulihara Alam Sekitar
Kerajaan Negeri dilihat gagal mengemukan polisi yang jelas dalam memulihara alam sekitar dan hak komuniti masyarakat Kedah. Malah Kerajaan Negeri kini dilihat menjadi rakus untuk melakukan degradasi alam sekitar di Negeri Kedah.
6. Isu Nelayan Pantai Tertindas di Kedah
Isu permit bot retak seribu yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini belum diselesaikan. Bot retak seribu bermaharajalela dan kesan kemusnahan alam sekitar serta nasib nelayan pantai semakin terabai. Kerajaan Negeri tidak menyemak permit yang telah dikeluarkan sebelum ini dan meninjau kesannya kepada alam sekitar dan nelayan kecil.
Tiada usaha oleh Kerajaan Negeri untuk memantau aktiviti pukat tunda yang sering menzalimi nelayan pantai.
Kerajaan Negeri tidak serius untuk membuat polisi yang jelas bersama-sama agensi yang bertanggungjawab dalam memulihara laut dan sumber protein masyarakat.
7. Isu Hutan Paya Laut
Tiada usaha Kerajaan Negeri untuk memulihara hutan bakau. Cadangan RAMSAR yang telah disuarakan pihak kami tidak dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. “CBMM-Community Based Mangrove Management” yang dicadangkan tidak diambil peduli oleh Kerajaan Negeri .
Masih tidak ada usaha mewujudkan penyertaan masyarakat awam yang menyeluruh terhadap proses dan usaha pemuliharaan bakau di Negeri Kedah. Aktiviti kemusnahan bakau dan akuakultur masih berjalan seperti dahulu tanpa pemantauan dan tindakan oleh kerajaan negeri.
Penutup
Justeru, kami melihat pemerintahan Kerajaan Negeri kini gagal memulihara alam sekitar dan mempertahankan hak rakyat. Malah apa yang semakin ketara kemusnahan alam sekitar semakin ketara, penganiyaan masyarakat masih berleluasa dan masyarakat akar umbi tidak dilibatkan dalam proses membuat keputusan bagi setiap projek pembangunan. Malah ia turut menonjolkan sebuah kerajaan negeri yang baru dengan model pembangunan tempang yang sama.
Kad Laporan ini secara jelas dan objektif melihat sikap tidak bertanggungjawab dan kegagalan Kerajaan Negeri Kedah dalam mempertahankan Hak Rakyat dan Alam Sekitar.
.....................................
M.S Anuar Mahmod
Jurucakap
Jawatankuasa Deklarasi Rakyat Untuk Alam Sekitar Kedah Yang Lestari
Jawatankuasa terdiri daripada :-
1) Sahabat Alam Malaysia (SAM)
2) Muafakat Warga Desa (RURAL Citizens)
3) JARING Negeri Kedah
4) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
5) Badan Bertindak Petani MADA
6) Badan Bertindak Nelayan Membantah ZIPY
7) AJK Bertindak Membantah Kuari Badong
8) AJK Bertindak Petani Kerpan
9) AJK Bertindak Membantah Kuari Sik
10) Wakil Kumpulan Nelayan Yan
11) Wakil Kumpulan Nelayan Pantai Merdeka
12) Wakil Kumpulan Nelayan Kuala Kedah
13) Wakil kumpulan masyarakat Kulim
14) Wakil kumpulan masyarakat Gunung Bongsu, Mahang
KAD LAPORAN PRESTASI KERAJAAN NEGERI KEDAH
Hak Rakyat dan Alam Sekitar
“ KERAJAAN NEGERI KEDAH GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR KEDAH”
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
(Ash Shaff:2-3)
Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah merupakan hasil inisiatif perbincangan oleh Sahabat Alam Malaysia ( SAM), Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (JARING), Rural Citizens serta 11 komuniti masyarakat akar umbi Negeri Kedah Darul Aman.
Pihak kami telah mengeluarkan Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Kedah. Kad laporan ‘Hak Rakyat dan Alam Sekitar’.
Almari Kecil Antik Jati
15 years ago
No comments:
Post a Comment