Sunday, March 22, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE

SLUMDOG MILLIONAIRE

Tatkala kita di khayalkan oleh Filem Bollywood yang memaparkan aksi cinta sampah, istana-istana besar orang kaya India, hero yang tak pernah kalah bergaduh dan tarian maha seksi bollywood setiap 20 minit filem berlangsung.

Namun keadaan ini berbeza tatkala menonton filem Slumdog Millionaire, yang jelas memaparkan realiti dan tragedi sebenar yang menimpa masyarakat India.

Jelas tatkala British telah keluar meninggalkan India, namun hagemoni ekonomi kapitalisme yang memberi kemewahan kepada penjajah serta tuan tanah dan menindas masyarakat bawahan masih menghantui mereka.

Malah setelah India dikurniakan Gandhi, Rani Laxmibai dan Bharat Singh namun sikap hasad, perkauman, kelas masyarakat serta persengketaan atas nama agama masih bermaharajalela di India.

Slumdog Millionaire jelas menggambarkan apa sebenarnya berlaku di Sebalik Taj Mahal yang tersergam mewah. Yakni penderitaan seluruh masyarakat bawahan yang melarat, pembunuhan atas nama kebencian, anak gadis kecil yang dipaksa menjual dara, kesengsaraan kanak-kanak di India yang dibutakan mata dan dipotong kaki serta dipaksa meminta sedekah.

Jelas darah dan air mata masyarakat tertindas terpapar di dalam Slumdog Millionaire. Kisah tragedi malang sebuah Negara yang masih belum berakhir.
Tahniah juga kepada A R Rahman, sebagai composer yang menghasilkan lagu-lagu dalam filem tersebut yang memenangi Oskar. Memang sepatut dan selayaknya.

Terima kasih kepada Isteriku yang sudi bersama-sama menonton filem ini. Selepas ini ada 3 lagi filem yang perlu kita selesaikan Gandhi Is My Father, Changeling dan Mangal Pandey. Moga bermanafaat.

Selamat menonton Slumdog Millionaire.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment